Skip to content

Braun Buffel

BRAUN BUFFEL MEMPERSEMBAHKAN KOLEKSI BRAUN BÜFFEL X BASQUIAT

Kongsikan artikel ini

Braun Buffel dengan bangganya melancarkan koleksi 2024 yang dinantikan, inspirasi oleh artis legenda Jean-Michel Basquiat.

Koleksi yang megah dan jenama yang dikenali oleh orang ramai ini telah berjaya mengumumkan pelancaran koleksi kapsul yang sangat dinantikan. Diiinspirasikan oleh artis legenda Jean-Michel Basquiat. Koleksi BRAUN BÜFFEL X BASQUIAT 2024 adalah sebuah penghormatan kepada artis ikonik tersebut, menggabungkan kemewahan dengan semangat liar dan pemberontak budaya jalanan secara harmoni.

“Saya tidak fikir tentang seni ketika saya berkerja, saya cuba fikir tentang kehidupan” itulah prinsip Jean-Michel Basquia. Beliau mengambil inspirasi daripada suasana jalanan New York sejak pada tahun 1980-an. Karya seni ikonik Basquiat dan kepintaran radikalnya kini menghiasi koleksi premium jenama ini. Koleksi Jean-Michel Basquiat menunjukan ekspresi diri yang berani dalam fesyen dan seni, sekaligus inovatif dalam setiap rekaan.

BRAUN BUFFEL MEMPERSEMBAHKAN KOLEKSI BRAUN BÜFFEL X BASQUIAT

BRAUN BUFFEL

Foto: Braun Buffel

Kapsul ini termasuk pelbagai aksesori kulit seperti beg silang, dompet, totebag, beg galas, t-shirt, sweatshirt, beg pinggang dan card holder. Setiap satu dihiasi dengan motif tandatangan Basquiat dan seni graffiti yang berinspirasikan karya beliau. Barangan ini mencerminkan gabungan fesyen mewah dengan seni jalanan, menangkap semangat pemberontakan dan ekspresif yang terkenal dengan Basquiat.

 

Ikonik Braun Buffel

Foto: Braun Buffel

Memperkenalkan sentuhan seni dalam kemewahan harian, yang diperbuat daripada 100% kapas premium, direka dengan potongan oversized untuk memberikan keselesaan optimum. Setiap rekaan streetwear dijadikan kanvas yang sempurna untuk mempamerkan karya seni ikonik Basquiat. Pra-pesanan boleh dilakukan dan penghantaran akan bermula pada 1 Ogos 2024 melalui website Braun Buffel.

 

 

 

 

By Siti Maliyanah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

OUTFIT LELAKI

OOTD” MUST-HAVE: 7 ITEM FESYEN LELAKI YANG PERLU ADA DALAM ALMARI ANDA

Bacaan Lanjut
SOROT MUSIM PERAYAAN, BRAUN BÜFFEL LANCARKAN KEMPEN ‘HOLIDAY WORLD’

SOROT MUSIM PERAYAAN, BRAUN BÜFFEL LANCARKAN KEMPEN ‘HOLIDAY WORLD’

Bacaan Lanjut
BRAUN BÜFFEL ‘MICRO/MACRO’, AKSEN SEGAR & MODEN

BRAUN BÜFFEL ‘MICRO/MACRO’, AKSEN SEGAR & MODEN

Bacaan Lanjut
JARED LATO SEBAR KESEDARAN CEGAH BUNUH DIRI MENERUSI KEMEJA-T

JARED LETO SEBAR KESEDARAN CEGAH BUNUH DIRI MENERUSI KEMEJA-T

Bacaan Lanjut
aerogram

AEROGRAM SAJIAN BARU DI LOUIS VUITTON

Bacaan Lanjut
beg xs

BEG XS ILHAM VIRGIL ABLOH UNTUK TREND BEG MINI

Bacaan Lanjut