Skip to content

BRAUN BÜFFEL ‘MICRO/MACRO’, AKSEN SEGAR & MODEN

BRAUN BÜFFEL ‘MICRO/MACRO’, AKSEN SEGAR & MODEN

Kongsikan artikel ini

BRAUN BÜFFEL SELANGKAH KE HADAPAN DENGAN PERSPEKTIF BAHARU. MENGKREASIKAN DERETAN BEG DENGAN RAGAM RUPA YANG AKRAB DENGAN TAMPILAN URBAN. MENYEMARAKKAN LAGI TREND AKSESORI LELAKI MELALUI 'MIKRO/MAKRO'.

 

Untuk koleksi musim luruh/sejuk 2021, Braun Büffel mengajak kita untuk menjelajah ke luar ruang pemikiran dan mahu minda kita mengembara-untuk mencari kebarangkalian yang bagai tiada penghujungnya. Dan bereksperimen teknik pembuatan dengan kemasan yang indah dan berkonstruksi dengan nafas gaya yang autentik. 

Sebagai sebahagian daripada koleksi terbaru Braun Büffel, ‘Mikro/Makro’, sebuah idea yang dilahirkan oleh Pengarah Kreatif, Fabio Panzeri, mengupas tema kontras, mendorong minda untuk melihat dunia dengan perspektif yang luas. Dengan menampilkan corak dan nilai seni  yang tidak terbatas, pada rekaan musim ini. 

 

 

Mengambil pendekatan “Metamodernism'', terinspirasi dari teknik pembuatan kulit dari Itali, bergabung dengan kejuruteraan Jerman dan inovasi seni bina untuk menghadirkan rangkaian bersifat klasik, namun berjajaran berani. Menyuguhkan prinsip Braun Büffel akan pentingnya ekspresi diri. 

Koleksi ‘Mikro/Makro’ bernaung di dalam elemen-elemen warna dan tekstur, memberikan aksen-aksen segar dan moden pada tiap rekaan terkandung. Faktor moden menjadi cermin relevansi khusus koleksi ini. Dan berhasil mempertahankan kesan klasiknya dengan kecemerlangan kejuruteraan Jerman. Salah satu kunci gaya koleksi ‘Mikro/Makro’ adalah Baye, merangkumi beg praktikal maksimal. 

 

BAYE

Baye, metafora untuk pergerakan dan simbol kepada tenaga. Koleksi ini disatukan untuk saling berjalin, dengan perpaduan geometri yang terlihat ‘timeless’. Warna asas yang membalut rangkaian beg Baye mendukung sifat versatil dan bisa dikenakan sepanjang masa serta dipadankan dengan ragam gaya pakaian. 

Baye dilengkapi penutup atas V-Cut yang tidak simetri, diikat mudah dengan Fidlock untuk daya tahan beg yang kukuh. Hadir dalam kemasan seramik hitam. Ditonjolkan imejan laser warna kuning neon yang kontra, lagaknya sebagai butiran tambahan. 

 

 

Ukurannya cukup untuk membawa kelengkapan asas. Termasuk gajet mini. Selain itu, ia juga memiliki ruang poket yang banyak, bertujuan memancarkan elegansi dengan fungsi maksimal. Tali sandang yang kukuh, menguji daya tahan beg, memberi alasan Baye merupakan satu pelaburan fesyen yang bijak. 

Setiap rekaan dari koleksi ini cukup terdepan, memikat penggemar fesyen sama ada digayakan sendiri atau berpadanan dengan aksesori dari rangkaian lain. Ragam rupa Baye nyata dikhususkan untuk golongan bercita rasa dengan identiti gaya yang tersendiri.

Semak item lain dari koleksi Micro/Macro;

4 of 4

QUANTUM

Bagi yang berselera mewah, aksesori Quantum pasti menjadi pilihan utama. Dengan reka bentuknya yang mewah, siluet berstruktur minimal, Quantum menawarkan opsyen gaya muda untuk lelaki yang gemar bergaya klasik. Hadir dalam warna hitam klasik, setiap ruang dalam koleksi beg Quantum boleh menyimpan barang-barang keperluan harian dengan mudah. Tote bag Quantum bukan sekadar gaya, turut dilengkapi praktikal maksimal. 

#BraunBüffel

Artikel berkaitan: STAIL MODEN & KONTEMPORARI, COS KINI DI ZALORA

 

4 of 4

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

NYK glam lelaki

FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN NYK

Bacaan Lanjut
augustin eng

AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL

Bacaan Lanjut

FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN LUCIDRARI

Bacaan Lanjut

FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN MAL HAMKA

Bacaan Lanjut

FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN AZIZ HARUN

Bacaan Lanjut

FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN ZAKI YAMANI

Bacaan Lanjut