CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS
HUN HAQEEM & GUESS

Hun Haqeem pula merupakan pelakon terhangat buat masa ini. Biarpun masih muda, namun Hun selayaknya dikategorikan sebagai pelakon pelapis dek bakat berlakonnya.
Selain berlakon, Hun juga pernah bergelar pengacara dan disebabkan tuah wajahnya itu, dia pernah menjadi penghias kempen fesyen jenama-jenama tempatan. Dan sewaktu penggambaran Hun untuk GUESS, Hun sedang sibuk berlakon di set untuk filem ‘W: Two Worlds’ (adaptasi dari siri terkenal Korea), di samping pelakon baru lain seperti Daiyan Trisha dan Mierul Aiman.
Dalam salah satu temu bual, Hun menyifatkan pengalamannya menjayakan watak Zamir dalam siri ‘Nenek Bongkok Tiga’ adalah suatu peluang hebat sepanjang menceburi dunia lakonan. Menurut Hun watak yang dibawanya itu lebih berat berbanding dengan watak-wataknya yang pernah dibawa menerusi drama-rama rantaian televisyen.
Sempat saya bertanya kepada Hun, “Apakah stail peribadi Hun yang sebenar?” Jawabnya, “Hun sukakan stail yang ringkas tetapi ada statement. Something yang selesa. Dan ada kalanya, Hun suka cuba stail yang lain daripada yang lain. Hun juga suka pakai denim.”


Stail peribadi Hun menepati taruhan gaya GUESS. Busana berbahan denim pun terlihat pada celana dan atasan dalam bentuk yang lebih beragam seperti, jaket dan seluar. Untuk gaya ‘cool’ dan nyaman, Hun memadankan seluar denim dengan T-shirt berlogo yang ringkas. Cukup sekadar bercelana denim dan T-shirt, ia sudah memberi statement gaya, apalagi potongan fit baju-menyerlahkan lagi bentuk tubuh Hun. Rujukan gaya ini sesuai buat lelaki penyuka gaya simple, relaks dengan sentuhan gaya asli Americana.
Buat penyuka stail lain, terlihat koleksi pakaian lelaki yang lebih bold dan berani dalam koleksi musim ini. Anda pun masih dapat memadu padankan busana dari koleksi baru ini dengan helaian dari GUESS anda yang sebelumnya. Seluar denim potongan slim fit seperti yang dipakai Hun, boleh sahaja dipadankan dengan atasan lain, seperti kemeja bercorak, tank top putih atau baju lengan panjang.
Musim ini, GUESS memilih untuk mendefinisikan semula model beg tote dalam desain inovatif. Dengan desain kukuh, siluet ringkas dan kepraktisan dalam bergaya, beg tote yang digayakan Hun menjadi jawapan atas keinginan kaum lelaki alfa untuk menjinjing satu tas yang ringan lagi praktikal sehingga mampu mengakomodasi segala kebutuhan. Selain untuk tujuan beg harian, boleh juga dibawa kala kembara.
Semak koleksi GUESS yang baru di www.guess.my atau kunjungi butik terdekat GUESS.
Artikel berkaitan: WEEKEND GETAWAY BERSAMA ANZALNA NASIR, BELLA ASTILLAH DAN GUESS KIDS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?











