Skip to content

DAVID BECKHAM REDEFINES ERTI LELAKI SEJATI DENGAN BOSS

Kongsikan artikel ini

Dunia mula-mula digegarkan dengan Jeremy Allen White untuk kempen Calvin Klein, disusuli oleh Taylor Zakhar Perez buat Lacoste. Kini, David Beckham telah menyertai kelab pin-up boys dengan menggayakan kempen pakaian dalam BOSS.

Bekas bintang bola sepak yang kini menjadi duta jenama BOSS itu dirakam dalam pelbagai gaya penuh daya tarikan: duduk dengan gaya man-spreading di atas kerusi kulit dalam gudang konkrit yang suram; bersandar di lantai dengan satu kaki terangkat sambil mengenakan seluar dalam hitam; dan sudah tentu, basah kuyup di bawah pancuran air.

“Saya pernah mengatakan bahawa hari-hari saya sebagai model pakaian dalam telah berakhir, tetapi apabila BOSS berkongsi visi mereka untuk koleksi ini dan membawa rakan baik saya, Mert dan Marcus, untuk menghasilkan kempen ini dengan idea kreatif mereka yang luar biasa, saya tidak dapat menolaknya,” kata Beckham dalam satu kenyataan.

Kempen ini pastinya akan membuat ramai berdebar — apatah lagi dengan tubuh sasa dan abs Beckham yang masih kekal menawan pada usia hampir 50 tahun. Melihat Beckham dalam pakaian dalam bukanlah sesuatu yang asing bagi kebanyakan orang, kerana sebelum ini dia pernah menjadi wajah untuk kempen besar seperti H&M dan Armani.

Pada Januari ini, Beckham kembali ke dunia peragaan pakaian dalam untuk melancarkan koleksi BOSS ONE Bodywear. Menurut Daniel Grieder, Ketua Pegawai Eksekutif Hugo Boss, “Koleksi ini menandakan satu lagi pencapaian penting dan babak baharu dalam kerjasama strategik jangka panjang kami dengan David Beckham. Ia juga merupakan bukti kepada dedikasi bersama kami terhadap gaya dan keunggulan. Pakaian dalam adalah kategori produk ikonik, dan melalui kempen ini, kami ingin memberi inspirasi kepada pelanggan serta peminat jenama ini di seluruh dunia lebih dari sebelumnya.”

Koleksi baharu ini merangkumi pakaian dalam klasik seperti trunks, seluar dalam briefs, tank top, dan T-shirt dalam rona minimalis hitam dan putih, semuanya diperbuat daripada campuran kapas dan elastane untuk keselesaan maksimum.

Pautan Berkaitan: LACOSTE STRIPS DOWN TAYLOR ZAKHAR PEREZ UNTUK KEMPEN TERBARU

By Yusairi Fitri
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TUDOR LANCAR SIRI BLACK BAY CHRONO ‘FLAMINGO BLUE’

Bacaan Lanjut

ALL EYES ON ROMEO BECKHAM PLEASE!

Bacaan Lanjut

LACOSTE STRIPS DOWN TAYLOR ZAKHAR PEREZ UNTUK KEMPEN TERBARU

Bacaan Lanjut
6 SELEBRITI & KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MERUPAKAN RAKAN BAIK

6 SELEBRITI & KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MERUPAKAN RAKAN BAIK

Bacaan Lanjut
BOSS

KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025 BOSS DI MILAN FASHION WEEK

Bacaan Lanjut
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

Bacaan Lanjut