DESIGNERS TO WATCH: NAMA PENTING DI SEBALIK KOLEKSI FALL/WINTER 2026
Fall/Winter 2026 bukan sekadar tentang trend, tetapi juga tentang pereka yang membentuk arah baharu fesyen lelaki di pentas global.
Fall/Winter 2026 (FW26) memperlihatkan perubahan menarik dalam landskap fesyen lelaki global. Di pentas Milan dan Paris Fashion Week, tumpuan bukan sahaja diberikan kepada koleksi yang dipersembahkan, tetapi juga kepada individu kreatif yang berada di sebalik visi tersebut. Pereka seperti Jonathan Anderson dan Michael Rider terus menjadi antara figura paling berpengaruh yang membentuk arah fesyen lelaki moden. Keupayaan mereka menggabungkan elemen klasik dengan pendekatan kontemporari menjadikan jenama masing-masing kekal relevan dalam industri yang sentiasa berubah.

Celine Fall 2026 daripada Michael Rider

JW Anderson Men’s Fall 2026 Collection
Bakat Baharu LVMH
Dalam masa yang sama, musim ini turut menonjolkan kemunculan generasi baharu pereka yang membawa perspektif segar terhadap fesyen lelaki. Beberapa nama seperti pereka Jepun Soshi Otsuki dan Shinya Kozuka semakin mendapat perhatian antarabangsa melalui pendekatan yang menggabungkan tailoring klasik dengan pengaruh budaya Timur dan Barat. Kehadiran bakat baharu ini menandakan peralihan penting dalam industri, di mana identiti peribadi, eksperimen bentuk dan naratif budaya menjadi elemen utama dalam reka bentuk.

SOSHIOTSUKI Men’s Fall/Winter 2026

SOSHIOTSUKI Men’s Fall/Winter 2026
Sementara itu, jenama mapan turut memperlihatkan evolusi kreatif melalui kepimpinan baharu. Contohnya di Giorgio Armani, koleksi FW26 yang diterajui oleh Leo Dell’Orco memberi penghormatan kepada warisan jenama sambil memperkenalkan sentuhan moden melalui siluet yang lebih lembut dan penggunaan fabrik mewah. Pendekatan ini menunjukkan bagaimana generasi pereka baharu mampu mengekalkan identiti rumah fesyen sambil membawa naratif baharu ke pentas runway.
FW26 menegaskan bahawa masa depan fesyen lelaki bukan hanya ditentukan oleh trend, tetapi oleh visi kreatif para pereka yang berani mentafsir semula kod klasik. Sama ada melalui eksperimen siluet, gabungan budaya atau reinterpretasi tailoring tradisional. Mereka inilah yang sedang membentuk landskap fesyen lelaki untuk dekad akan datang.
Artikel Berkaitan: FW26 MEN’S DENIM TRENDS: DENIM MENJADI ‘TAILORING’ MODEN 2026
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MOMEN JAM TANGAN PALING BERPENGARUH TAHUN 2025
Tahun 2025 mengubah landskap horologi global dengan momen jam tangan selebriti, Rolex, TAG Heuer dan Formula 1.
DIOR JETT, BEG BAHARU FOKUS DIOR UNTUK MUSIM BUNGA 2026
Dior Jett, siluet baharu antara warisan dan kemodenan. Beg musim baharu yang patut dimiliki. Terdapat dua rekaan sebagai pilihan peribadi.
5 PENGARAH KREATIF FESYEN YANG PALING MENJADI BUALAN SEPANJANG 2025
5 pengarah kreatif ini mendominasi perbualan fesyen 2025 dari debut koleksi fenomenal hingga hala tuju baharu untuk rumah fesyen legenda.
LIMA GAYA ‘STYLISH’ PEDRO PASCAL PILIHAN GLAM LELAKI
Gaya Pedro Pascal pilihan GLAM Lelaki dengan sentuhan minimalis dan vintaj, sesuai untuk pencinta fesyen moden dan estetik berjiwa tenang.
10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG JONATHAN ANDERSON
Dalam dunia fesyen yang sering diwarnai nama-nama besar, Jonathan Anderson berdiri megah sebagai suara yang berani, berbeza, dan tidak pernah takut mencabar ketradisionalan gaya.
A BOLD NEW CHAPTER, MILIKI HARUMAN ARMANI EA STRONGER WITH YOU
Stronger With You bersama enam individu hebat- Aedy Ashraf, Han Pin, Aniq Suhair, Ikmal Amry, Mierul Aiman dan Nabil Aqil.











