DOMINASI MUSE LELAKI,KENALI FASHION’S IT-BOYS 2025
Apabila kita memikirkan muse, imej monokrom Greta Garbo atau gambar Hollywood klasik Marilyn Monroe sering terlintas di fikiran. Anda setuju?
Secara tradisinya, konsep ini telah berakar umbi dan fokalnya pada wanita yang dijelmakan sebagai ikon dengan mengilhamkan kreativiti merentasi seni. Walau bagaimanapun, dominasi ini secara beransur-ansur berubah, selera rumah fesyen global turut mengangkat lelaki sebagai ikon, mencabar idea wanita adalah muse sebenar.
Rumah fesyen telah memilih pelakon lelaki, pemuzik dan model dari sfera Hollywood, mengisytiharkan mereka sebagai poster boys untuk koleksi akan datang.
Dari Louis Vuitton‘s dengan Callum Turner hingga Harris Dickinson untuk Prada ke Loewe – Leo Woodall, GLAM Lelaki tampilkan wajah baru dan juga muse kempen fesyen yang bakal menakluki tahun 2025.
CALLUM TURNER
Pada bulan November tahun lalu, Callum Turner secara rasminya diumumkan sebagai wajah baharu Louis Vuitton. Pelakon Britain yang juga tunang Dua Lipa telah dipilih sebagai duta untuk rumah fesyen mewah Paris. Callum ditampilkan dalam gaya ikonik menerusi ‘Beg Speedy P9 Bandoulière 40’. Lelaki berusia 34 tahun itu telah menjalin hubungan yang membuahkan hasil dengan industri fesyen, pernah bekerjasama dengan jenama mewah lain seperti Montblanc dan Dover Street Market.
HARRIS DICKINSON
Harris Dickinson adalah figura yang menjadi bualan hangat di kalangan media. Dia juga membintangi filem Babygirl bersama-sama aktres Nicole Kidman. Turut dikenali dengan peranan dalam Beach Rats danTriangle of Sadness. Pesonanya telah memikat jenama fesyen Prada apabila dia diangkat sebagai muse terbaru musim bunga/panas 2025 yang dipotret oleh jurgambar Steven Meisel.
LEO WOODALL
Bintang baru, aktor Leo Woodall kini semakin beruntung. Aktor asal West London ini dikenal dengan peranannya dalam The White Lotus (Season 2), dan kini mula menakluki radar fesyen global apabila dia dipilih oleh jenama paling hangat masa kini yakni Loewe, sebagai wajah kempen pra musim bunga 2025. Kempen dipotretkan oleh Juergen Teller bersam-sama co-star Ambika Mod. Sama ada melewati permaidani merah atau bergaya dihadapan kamera, Leo memukau dua dunia – Hollywood dan fesyen.
ENZO VOGRINCIC
Nampaknya Loewe kini beralih kepada muse lelaki. Enzo Vogrincic, juga salah seorang pelakon sedang meningkat naik yang terkenal dengan peranannya dalam filem popular Netflix, Society of the Snow. Antara menghiasi kempen Loewe dan FROWS, jadual pelakon kelahiran Uruguay ini, kini padat membuat penggambaran muka depan untuk GQ Mexico dan GQ Sepanyol.
DANIEL CRAIG
Siapa kata berusia tidak berbisa? Buktinya telah dilakarkan oleh aktor Daniel Craig dan cengkamnya terus bertahan. Aktor British ini membintangi Kempen Loewe luruh/sejuk 2024 dengan mengenakan grandpa knits, gaudy palettes and East Ender staples. Menerusi peranannya dalam Luca Guadagnino’s Queer, Danial terus menambat hati Loewe sebagai figura yang berada di senarai teratas.
DREW STARKEY
Pelakon Amerika, yang terkenal kerana membintangi bersama Daniel Craig dalam Queer, juga menyertai bintang Bond sebagai salah seorang figura yang menghiasi Kempen Loewe. Muncul dalam kempen musim bunga/panas 2025, potret dirakam oleh David Sims dan menampilkan Taylor Russell dan Wang Yibo.
GEORGE MCKAY
Aktor ini membintangi filem perang 1917 yang mendapat pengiktirafan kritikal, diarahkan oleh Sam Mendes. Kelelakian dan estetikanya telah menambat jenama mewah Gucci untuk membintangi Kempen bunga/panas 2025 bersama-sama Yara Shahidi.
Pautan Berkaitan: MODEL ASIA TENGGARA MENGUASAI PENTAS PERAGAAN ANTARABANGSA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DUA LIPA & CALLUM TURNER BERTUNANG SELEPAS SETAHUN MENYULAM CINTA
Spekulasi pertunangan pasangan itu muncul apabila Dua Lipa memuat naik beberapa foto dan video sambutan Hari Krismas pada 25 Disember lalu.
TRIO PENYANYI WANITA HEBAT MENDOMINASI PENTAS VICTORIA SECRET 2024
Trio wanita ini mencipta sejarah sebagai barisan muzik wanita pertama yang menjadi tajuk utama pertunjukan lingerie tahunan.
EVOLUSI GAYA FESYEN TROYE SIVAN
Sejak memulakan karier sebagai penyanyi di Perth, Australia, Troye Sivan terus mencabar sempadan fesyen dengan evolusi gaya yang semakin berani dan mencuri perhatian.
PEMINAT TERUJA LIHAT MUSE BAWA KELUARGA BERCUTI DI LANGKAWI
Peminat muzik tanah air teruja menyambut kedatangan kumpulan Muse beberapa hari selepas insiden hitam yang dicetuskan The 1975.
CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS
Christinna Kuan & Hun Haqeem menggayakan koleksi musim panas 2023 GUESS-mengadaptasi motif dan siluet musim panas pada desain terkandung.
TIP DIET AMALAN LIMA BINTANG HOLLYWOOD TERKENAL
Ini rahsia diet artis lelaki ternama yang boleh anda cuba sendiri untuk memiliki tubuh sihat dan kekar.