Skip to content

tay tawan

ECCO RAI ULANG TAHUN KE-60 BERSAMA TAY TAWAN DI BANGKOK

Kongsikan artikel ini
1 of 3

GLAM Lelaki terbang ke Bangkok untuk meraikan ulang tahun ke-60 ECCO dengan pelancaran koleksi Musim Bunga/Panas 2023 bersama bintang Thai, Tay Tawan.

Berlokasi di Pearl Bangkok, ECCO telah meraikan ulang tahun ke-60 dengan cukup meriah dengan kehadiran bintang Thai, Tay Tawan. Juga barisan selebriti dan influencer media sosial dari rantau Asia Tenggara. GLAM Lelaki terbang ke kota Bangkok untuk menyertai sambutan istimewa ini yang turut menyaksikan pelancaran koleksi Musim Bunga/Panas 2023 terbaharu.

ecco Malaysia

Bersempena dengan ulang tahun ini, ECCO Thailand memperkenalkan aktor popular Thai, Tay-Tawan Vihokratana sebagai “Friend of ECCO Thailand” yang terbaharu. Tay merupakan peminat ECCO sejak bertahun-tahun dan perlantikannya cukup sesuai menjadikan sebahagian daripada keluarga ECCO sendiri.

tay tawan

Tay Tawan

Selain Tay Tawan, ECCO turut menjemput barisan selebriti dan influencer media sosial dari Malaysia, Singapura dan juga Thailand. Penyanyi berbakat tempatan, Vanessa Reynauld hadir bersama deligasi media MalaysiaSA untuk menghadiri acara istimewa ini. Antara selebriti dan pempengaruh media sosial lain termasuklah Foeifoeii, Poocao Bunroda, Khimjurarat, dan Weartwork Style. Serta Michelle WongYi Lin, Oats x Somwhere dan ramai lagi.

Vanessa Reynauld

Vanessa Reynauld

Inisiatif kelestarian alam sekitar yang dijuarai ECCO juga diperkenalkan kali ini dengan kempen “From Waste to Art”. Tiga artis dari rantau Asia Tenggara termasuklah Pamela Tan (Malaysia), Chee Sau Fen (Singapura) dan Kanjit Narttriphob (Thailand) telah menghasilkan karya seni dengan menggunakan material terbuang yang diambil dari kilang ECCO di Ayutthaya, Thailand.

Pamela tan

Pamela Tan

Acara ulang tahun ke-60 ini diakhiri dengan persembahan daripada penyanyi Thai, Sarah Salola yang terkenal dengan suaranya yang merdu dan bergaya.

Klik sebelah untuk melihat lebih banyak gambar-gambar Tay Tawan dan selebriti. yang menghadiri ulang tahun ECCO di Bangkok, Thailand:

 

1 of 3

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ERA BAHARU RAY-BAN BERSAMA JEFF SATUR

Bacaan Lanjut
selebriti lelaki Thailand Bright

SIAPAKAH SELEBRITI LELAKI THAILAND DENGAN FOLLOWERS TERTINGGI DI INSTAGRAM?

Bacaan Lanjut

5 SNEAKER TRENDY PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

STOR NEW BALANCE ERA BAHARU KINI DIBUKA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

5 TREND SNEAKER LELAKI PALING POPULAR 2023

Bacaan Lanjut

5 TIP BERGAYA DENGAN KASUT KULIT LELAKI

Bacaan Lanjut