ENAM PEREKA FESYEN SOLO LELAKI YANG BAKAL BERAKSI DI KLFW 2025
Kuala Lumpur Fashion Week 2025 (KLFW) bakal berlangsung pada 4 Ogos sehingga 10 Ogos 2025. Ruang utama ini bukan sekadar platform untuk pereka fesyen tempatan beraksi, tetapi juga medan untuk pereka lelaki solo menyerlahkan kreativiti dan imaginasi mereka. Ketahui enam pereka fesyen solo lelaki yang bakal mementaskan koleksi terbaru mereka di KLFW 2025 yang akan datang.
Dari gaya berwarna-warni seperti Syomirizwa Gupta dan Hatta Dolmat, ke rekaan utilitarian dan klasik oleh Fairuz Ramdan, eksplorasi avant‑garde Kit Woo, serta penceritaan moden melalui Masyadi Mansoor—semuanya menunjukkan kepelbagaian pereka fesyen lelaki tanah air.
Syomirizwa Gupta
Sebagai jenama tunggal oleh pereka terkenal Syomirizwa Gupta, Syomir kembali mengetengahkan koleksi istimewa KLFW 2025 pada 8 Ogos. Rekaannya selalu dirangka dengan warna terang, campuran cetak tradisional dan siluet moden yang menyerlahkan personaliti pemakai. Koleksi “Lé Raya Chic” terbaru memberi kombinasi elegan Parisian dengan akar budaya Melayu. Di KLFW 2025 nanti, Syomir bakal mempersembahkan koleksi terkini yang merangkumi rekaan lelaki dan perempuan.
Hatta Dolmat
Hatta Dolmat, yang terkenal dengan pilihan rona cerah dan corak-corak unik pada rekaan, turut kembali berpentas di KLFW 2025. Hatta akan mempersembahkan koleksinya pada 5 Ogos selepas sub-persembahan oleh jenama besar lain, menjanjikan rekaan yang kaya visual dan utilitarian dengan gaya A-line serta monogram ikonik labelnya. Hatta Dolmat, antara pereka fesyen lelaki yang ‘legend’ kembali beraksi di KLFW kali ini.
Fairuz Ramdan
Pereka fesyen, Fairuz Ramdan dijadual mempersembahkan koleksi lelaki pada 5 Ogos, berkongsi slot dengan Hatta Dolmat. Fairuz memiliki beberapa label seperti Fairuz Ramdan Bespoke dan FR Blue Label, terkenal dengan rekaan yang berkelas tinggi dan sartorial, juga menjadi pilihan ramai selebriti lelaki tempatan. Fairuz Ramdan kembali menghasilkan koleksi dan mempersembahkannya di KLFW, setelah ‘rehat’ beberapa musim. Namun, tahun lepas, Fairuz Ramdan berkolaborasi dengan jenama, Kapten Batik dan menerima ‘feedback’ yang sangat positif.
Kit Woo
Kit Woo merupakan pereka fesyen lelaki solo yang pernah mendapat gelaran ‘Menswear Designer of the Year’ di KLFW. Kini kembali mementaskan koleksi untuk KLFW 2025. Koleksinya menampilkan tailoring dekonstruktif yang eksperimental dan moden, menarik perhatian melalui gaya avant‑garde yang berani.
Masyadi Mansoor
Pereka muda ini juga antara yang dinantikan di KLFW 2025. MSYD by Masyadi Mansoor akan menghiasi pentas KLFW bersama jenama kesukaan kelompok muda, khasnya Gen-Z, seperti Ghostboy dan BEHATI pada 10 Ogos. Dikenali melalui koleksi “99 Problems” pada KLFW 2024 yang mencabar norma fesyen lelaki, rekaannya kaya dengan naratif dan ekspresi gaya yang berbeza. Antara pereka fesyen generasi baharu yang berjaya membina identiti rekaan tersendiri.
Kel Wen (BEHATI)
Nama yang semakin gah dan boleh dianggap sangat berpengaruh dalam industri fesyen lokal. Kel Wen melalui jenama BEHATI menampilkan gabungan warisan Malaysia yang pelbagai budaya dan bangsa bersama elemen pop kontemporari. Koleksinya sering bermain dengan struktur tidak simetri dan gaya uniseks, menjadikannya antara yang paling dinantikan saban musim.
Artikel berkaitan: KEL WEN, TUNGGAK UTAMA BEHATI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
QAL-G, “LAGU ‘SEPI’ MENANDAKAN LANGKAH RASMI PERTAMA SAYA DALAM INDUSTRI MUZIK.”
"Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka akan melangkah sejauh ini, jadi ia merupakan satu kejutan besar dan rezeki," Qal-G.
KENALI JEMPUT DENGAR, MERAYAKAN MUZIK, GAYA & INSPIRASI MERENTAS GENERASI
"Individu impian saya untuk bekerjasama ialah Khatijah Ibrahim, Jamal Abdillah dan Francissca Peter," Jemput Dengar.
GL25: SOROTAN PENUH GAYA BERSAMA GLAM LELAKI 2025
GLAM Lelaki mengimbau kembali detik-detik berharga bersama selebriti, GL Team dan pelbagai jenama sepanjang 2025 dalam GL25.
AVANT-GARDE & HIGH FASHION DESIGNER “ON YOUR RADAR”
Sorotan pereka avant-garde dan high fashion Malaysia yang wajar diberi perhatian dalam landskap fesyen kontemporari tempatan.
CLUB21 LAB ANGKAT JENAMA TEMPATAN KE BUTIK THE SHOPPES
CLUB21 Lab bawakan jenama lokal seperti Anaabu, All Love, Ghostboy dan banyak lagi ke butik baharu di The Shoppes at Four Seasons KL.
JAMES JIRAYU: BINTANG THAILAND YANG TERUS MENAWAN ASIA, KINI MEMASUKI FASA KEHIDUPAN BAHARU
GLAM Lelaki mencipta sejarah dengan bintang Thailand pertama menghiasi muka depan. Istimewa penutup 2025, GLAM Lelaki tampilkan James Jirayu.











