EVOLUSI GAYA FESYEN TROYE SIVAN
Sejak memulakan karier sebagai penyanyi di Perth, Australia, Troye Sivan terus mencabar sempadan fesyen dengan evolusi gaya yang semakin berani dan mencuri perhatian.
Sejak awal kemunculannya di karpet merah, penyanyi Australia ini sering memakai pakaian seragam berupa sut dan kemeja berbutang ramping. Namun, stail fesyennya telah berkembang and membuat evolusi yang menjadikannya antara individu lelaki yang paling berani mengambil risiko dalam dunia fesyen. Setiap gaya Troye Sivan berinspirasi oleh sejarah peribadi dan kepercayaan dirinya yang semakin berkembang.
Pada usia 28 tahun, dia sering menjadi salah satu individu pertama yang memakai beberapa pakaian paling berani dari minggu fesyen utama terus ke karpet merah.
Mari lihat fesyen evolusi oleh Troye Sivan yang terkenal dengan lagu seperti “Angel Baby”, “Rush”, “Y0uth” dan banyak lagi.
EVOLUSI GAYA FESYEN TROYE SIVAN YANG SEMAKIN BERANI:
1. PERTUNJUKAN FESYEN LOEWE 2023
Trend fesyen ‘tanpa seluar’ Troye Sivan benar-benar mencuri perhatian semasa duduk di baris hadapan pertunjukan koleksi menswear Loewe. Dia memadankan baju berwarna kuning muda yang besar dengan sepasang kasut Chelsea berkilat berwarna coklat. Dia sebenarnya memakai sepasang seluar pendek kecil di bawahnya.
2. AMFAR GALA 2023
Rekaan Ferragamo yang dipakai oleh Troye untuk Gala amfAR di Perancis merupakan representasi visual mengenai kuasa kepelbagaian. Bahagian atasnya hampir terinspirasi daripada gaun malam, manakala bahagian bawahnya adalah seluar hitam yang lebih tradisional.
3. CANNES FILM FESTIVAL 2023
Penampilan khas Valentino ini benar-benar mendekonstruksi idea penampilan klasik sut dan tali leher.
4. ‘THE IDOL’ PREMIERE AFTER-PARTY 2023
Baju dengan potongan persie jaring floral daripada Alexander McQueen ini mencabar gaya fesyen lelaki semasa, tetapi dia memakainya dengan penuh keyakinan untuk acara after-party di Festival Filem Antarabangsa Cannes.
5. VANITY FAIR OSCAR PARTY 2023
Jika video “Rush” memberikan petunjuk, Troye menggunakan kesempatan pada acara selepas itu dengan serius. Dan dia tampil dengan penuh bergaya ke Vanity Fair Oscars Party 2023 yang menjadi destinasi pilihan nama-nama besar Hollywood. Dia dilihat menggayakan pakaian material kulit penuh daripada Diesel.
6. MET GALA 2021
Troye Sivan di Met Gala 2021 membuktikan ia sebagai satu titik penting dalam evolusi gaya peribadinya. Dia memadankan gaun halter daripada jenama gender-fluid Altu oleh Joseph Altuzarra dengan sepasang kasut Kiss ikonik Rick Owens, perhiasan Cartier, dan gelang kulit di lengannya. Penampilan lengkap juga termasuk beg Ana oleh Luar dan jockstrap di bawahnya.
7. MTV VIDEO MUSIC AWARDS 2021
Troye Sivan menggaykan male crop top daripada Fendi yang menunjukkan abs-nya semasa MTV VMAs 2021.
8. ELTON JOHN OSCARS PARTY 2020
Penampilan Sies Marjan yang keseluruhan berwarna biru ini menggema penampilannya sebelum ini dalam penampilan Met Gala yang keseluruhan berwarna merah.
9. VARIETY PRE-EMMY PARTY 2018
Seluar jeans skinny dan kemeja oversized adalah antara kegemaran Troye Sivan pada awal kariernya.
10. ARIA AWARDS 2018
Walaupun kelihatan formal, Troye masih kelihatan menarik dalam pakaian seragam hitam yang agak sederhana.
11. MET GALA 2018
Sut Valentino untuk acara Met Gala bertemakan “Catholic Imagination” pada tahun 2018 ini memberikan petunjuk tentang perubahan yang akan datang. Dia berani menggyakan warna yang terang dan menunjukkan sisi lebih seksi.
12. MTV MUSIC VIDEO AWARD 2016
Pakaian yang ringkas dan bersahaja oleh Troye Sivan yang menonjolkan usianya matig mentaal dalam industri hibguran antarabangsa.
Artikel berkaitan:TROYE SIVAN BERPOTONGAN RAMBUT MULLET, GAYA PALING HANGAT TAHUN INI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TRIO PENYANYI WANITA HEBAT MENDOMINASI PENTAS VICTORIA SECRET 2024
Trio wanita ini mencipta sejarah sebagai barisan muzik wanita pertama yang menjadi tajuk utama pertunjukan lingerie tahunan.
5 JENAMA FESYEN LOKAL PILIHAN GLAM LELAKI
Jenama fesyen lokal kini mendapat pencapaian yang hebat dalam industri fesyen dari segi kolaborasi dan acara fesyen ternama di Malaysia.
ANAMIKA KHANNA & H&M BERSATU UNTUK KOLEKSI YANG MEGAH
‘Fluid’, versatil dan vibrant. Koleksi Anamika Khanna untuk H&M bakal dilancarkan September nanti. Koleksi yang merangkumi kaftan, pijama sutera dan yang menariknya, mengambil seni fesyen India sebagai inspirasi utama.
10 ASAS TAMPIL BERGAYA SETIAP LELAKI WAJIB TAHU!
Walau apa jua alasan anda untuk tampil lebih bergaya, ada beberapa langkah mudah yang boleh diambil untuk mencapainya.
30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FESTIVAL FILEM CANNES 2024 (SETAKAT INI)
Siapakah selebriti lelaki yang berjaya mencuri perhatian anda ketika berada di Festival Filem Cannes 2024 kali ini?
15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian dengan gaya menswear terbaik ketika Paris Fashion Week Fall 2024 di kota fesyen Perancis kali ini?