Skip to content

Koleksi Fendi

FENDI MEMPERSEMBAHKAN KOLEKSI LELAKI FW24/25

Kongsikan artikel ini

Fendi membawa koleksi Lelaki FW24-25 oleh Silvia Venturini Fendi menggabungkan keanggunan luar dan gaya bandar dengan sentuhan kemewahan Rom.

Koleksi Lelaki FENDI Fall/Winter 2024-25 yang direka oleh Pengarah Artistik Aksesori dan Pakaian Lelaki, Silvia Venturini Fendi  menghayati ke arah keanggunan aktiviti luar yang digabungkan dengan kehebatan gaya bandar. Koleksi ini menampilkan dialog berterusan antara tradisi dan teknologi, menghasilkan pakaian lelaki yang praktikal serta trendy dengan sentuhan kemewahan Rom.

FENDI MEMPERSEMBAHKAN KOLEKSI LELAKI FW24/25

FENDI MELON

Fendi lelaki

Foto: Fendi

FENDI dengan bangga mempersembahkan tambahan terbaru dalam koleksi beg lelaki telah mengeluarkan FENDI Melon, beg hobo crossbody. Dengan reka bentuk yang sofistikated bersama logo metal berbentuk FF. Beg ini boleh dibawa dengan tangan atau dipakai silang.

Versi Maxi beg ini adalah tambahan yang serbaguna yang boleh diubah menjadi beg galas dengan menarik tali bahu. Ini membolehkan pelbagai cara penggunaan seperti di bahu, dilipat di tangan, sebagai silang badan atau sebagai beg galas

KACA MATA LELAKI FW24

Fendi Lelaki

Foto: Fendi

Kaca mata FENDI Travel yang baharu mencerminkan semangat berani dan pengembaraan dengan reka bentuk flat-top dan bar logam. Sebahagian daripada koleksi FENDI Travel, kaca mata ini menggabungkan kemewahan Rom dengan fesyen futuristik.

FENDI SIESTA

Fendi lelaki

Foto: Fendi

Beg FENDI Siesta, yang diperkenalkan pada pertunjukan fesyen lelaki Fall/Winter 2024-25, adalah interpretasi mewah terhadap reka bentuk beg duffel. Beg ini boleh diubah menjadi bentuk rata seperti bantal melalui penutup cincin pada keempat-empat penjuru. Ini menggabungkan kemahiran pembuatan tertinggi dengan sentuhan keriangan.

Justeru itu, reka bentuk beg ini boleh menjadi aksesori yang ideal untuk lelaki moden yang menghargai gaya dan keselesaan.

Kesemua Beg FENDI akan tersedia di butik-butik FENDI di seluruh dunia serta di laman web rasmi fendi.com mulai September 2024.

By Siti Maliyanah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI

5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI

Bacaan Lanjut
montblanc Malaysia

PENGEMBARAAN MONTBLANC JOURNEY BERSAMA GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
coach Malaysia

‘IN MY TABBY’: KEMPEN MERAIKAN EKSPRESI DIRI BERSAMA COACH

Bacaan Lanjut

5 BINGKISAN SEMPENA HARI BAPA 2021

Bacaan Lanjut