FESYEN TERHANGAT ‘OPPA’ DI KARPET MERAH MAMA AWARDS 2024
Tanggal 21 November berlangsungnya anugerah muzik terbesar dalam kalender K-Pop, Mnet Asian Music Awards atau lebih dikenali sebagai MAMA Awards.
Setiap tahun bintang tersohor berkumpul di anugerah berprestij ini untuk meraikan pencapaian cemerlang dalam industri hiburan Korea. Sekali gus mengukuhkan kedudukan K-Pop di persada dunia.
Tahun ini ia menampilkan kelainan dengan berlangsung selama tiga malam di dua lokasi. Malam pertama di Teater Dolby di Los Angeles, California manakala dua malam berikutnya di Kyocera Dome di Osaka, Jepun.
Sejak diperkenalkan pada 1999, ini merupakan kali pertama MAMA Awards dianjurkan di Amerika Syarikat sekali gus melakar sejarah buat anugerah berprestij itu.
Dari hari pertama hingga ketiga, karpet merah anugerah bertemakan ‘Big Blur: What Is Real?’ ini dihangatkan dengan kehadiran selebriti popular dan para tetamu.
Berlainan dengan anugerah muzik Hollywood yang biasanya meriah dengan percikan warna terang, karpet merah MAMA Awards 2024 kelihatan lebih serius. Majoriti bintang yang hadir muncul dalam sut klasik rona hitam dan putih, namun tentunya tetap segak dan bergaya.
Lihat gaya pilihan selebriti lelaki Korea Selatan di MAMA Awards 2024
Malam Pertama Di Teater Dolby Di California, Amerika Syarikat
RIIZE
TWS
Park Jin Young
Park Bo Gum
Malam Kedua Di Kyocera Dome Di Osaka, Jepun
ENHYPEN
TXT
Treasure
BOYNEXTDOOR
Seo In Guk & Ahn Jae Hyeon
Choi Hyun Wook
Kwak Dong Yeon
Byeon Woo Seok
Malam Ketiga Di Kyocera Dome Di Osaka, Jepun
SEVENTEEN
ZEROBASEONE
INI
Park Seo Joon
Lee Jun Ho
Im Si Wan
Moon Sang Min
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: 20 PALING SEGAK DI GOVERNORS AWARDS 2024 PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MAMA AWARDS 2024: AESPA MENDOMINASI, BRUNO MARS BIKIN KEJUTAN
Setiap tahun bintang tersohor berkumpul di MAMA Awards untuk meraikan pencapaian cemerlang dalam industri hiburan Korea. Siapakah pemenang tahun ini?
20 PALING SEGAK DI GOVERNORS AWARDS 2024 PILIHAN GLAM LELAKI
Nicholas Hoult, Jude Law, Barry Keoghan dan Paul Mescal antara selebriti lelaki yang mencuri perhatian di karpet merah Governors Awards 2024.
MOMEN FESYEN BINTANG THE UNION DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA
Tayangan perdana The Union yang berlangsung di Los Angeles meriah dengan kehadiran barisan pelakon dalam persalinan bergaya.
STAIL TERBAIK DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM CANNES 2024
Acara ekstravaganza, Festival Filem Cannes kebiasaannya menampilkan antara detik fesyen gah dan terbaik sepanjang tahun.
15 SEGAK & ANGGUN DI BAFTA FILM AWARDS 2024 PILIHAN GLAM LELAKI
BAFTA Film Awards ke-77 yang berlangsung di Royal Festival Hall, London meriah dengan kehadiran bintang ternama.