GEORGE MCKAY WAJAH KEMPEN TERBARU GUCCI
Pelakon 1917 itu membintangi kempen SS25 rumah itu bersama Yara Shahidi
Gucci telah melancarkan kempen musim bunga/panas 2025. Dirakam oleh Xavier Dolan, tawaran terbaru Pengarah Kreative Sabato De Sarno dibintangi oleh pelakon 1917 George McKay dan Yara Shahidi. Bertajuk Where Light Finds Us, kempen ini berlatarkan bilik hotel gaya abad pertengahan, di mana kedua-dua pelakon itu berbual dengan mengenakan selendang sutera bunga-bungaan dan cahaya matahari petang yang hangat.
Pengarah kreatif itu berkata mengenai kempen itu melalui media sosial: “Kempen ini adalah meraikan kemanusiaan dalam bentuk yang paling jelas dan lembut. Bekerjasama dengan Xavier Dolan membolehkan kami merakam detik yang tepat, ajaib dan tidak dapat diramalkan – di mana kasih sayang dan hubungan terungkap dalam intipati yang paling murni. Penglihatannya mendedahkan keindahan yang tidak terucap dari emosi yang dikongsi, where light becomes a metaphor for authenticity and vulnerability.”
Begitu juga, Xavier Dolan memperincikan apa yang dia harap penonton akan ambil perhatian daripada kempen itu: “Joy. Alleviation. What else can I hope for? Everything you stumble upon feels irrelevant these days, doesn’t it, in the grand scheme of things.”
Kempen ini menandakan penyertaan pertama George dalam fesyen. Pelakon British ini terkenal dengan persembahan serba boleh dalam filem dan televisyen, setelah mendapat pengiktirafan awal untuk peranannya dalam Peter Pan (2003).
Peranan cemerlangnya datang pada 2019 apabila dia membintangi filem perang 1917 yang mendapat pengiktirafan kritikal, diarahkan oleh Sam Mendes. Penggambarannya sebagai seorang askar muda dalam misi berbahaya mendapat pujian yang meluas. Filem terkenal lain termasuk Pride (2014), Captain Fantastic (2016), dan True History of the Kelly Gang (2019).
Pautan Berkaitan: JIN BTS DILANTIK SEBAGAI DUTA GLOBAL GUCCI BAHARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 JENAMA FESYEN MANFAAT TEKNOLOGI AI
Jenama fesyen besar dunia kini tidak lagi bergantung pada iklan tradisional untuk menarik perhatian pelanggan. Teknologi AI adalah masa kini.
TERGEMPAR: SABATO DE SARNO SIGNING OFF DARI GUCCI
Sabato De Sarno, meninggalkan jenama utama Itali selepas kurang daripada dua tahun. Pertukaran pereka berprofil tinggi terbaru dunia fesyen!
5 JENAMA MESTI MILIK DIGEROBOK LELAKI MASA KINI
Bila berbicara tentang fesyen lelaki, let’s be real- anda mahukan pakaian berkualiti tanpa perlu bersusah payah!
NADI COPENHAGEN DAN ATHENS, INSPIRASI UNIQLO
UNIQLO memperkenalkan koleksi Spring/Summer LifeWear 2025 yang pratonton eksklusif di OneBangsar dengan bertemakan Modern Neo Classic.
CHIC, ATHLETIQUE, LEMBARAN FESYEN KOLEKSI CRUISE 2024
Lembaran fesyen terakhir 2024, menampilkan ceraian-ceraian hangat koleksi Cruise 2024. Dari Louis Vuitton, Prada ke Celine.
KENDALL JENNER DAN BAD BUNNY BINTANG DALAM KEMPEN BAHARU GUCCI VALIGERIA
Kempen terbaru Gucci menampilkan pasangan kekasih Kendall Jenner dan Bad Bunny. Ia dirakam di lapangan terbang dengan konsep jet set glamour era 90-an.