GIVE A LITTLE LOVE, INSTALASI UNIK COACH DI KL
Perayaan akhir tahun kali ini pasti lain dengan tahun lalu. Tidak lagi duduk di rumah, kini kita sedikit bebas untuk menikmati dua bulan terakhir dengan lebih selamat. Selari dengan sambutan akhir tahun ini, Coach melancarkan projek Give A Little Love. Ia adalah satu instalasi seni yang membangkitkan perasaan percutian akhir tahun.
Sebagai jenama asal New York, Coach mahu membawa samangat kota itu ke Kuala Lumpur. Maka projek ini mengadaptasi taman permainan salji yang popular di New York. Pastinya ruang hadapan Pavilion Kuala Lumpur menjadi lokasi utama mereka dalam memberikan pengalaman cukup unik ini.
Watak-watak penting Coach tersusun comel dan sedang asyik menikmati Give A Little Love. Ada Belle the penguin, rusa bernama Holly, Ginger the fox, Paddles the goose, burung hantu Luna, hedgehog Spike dan burung Robin. Turut dibina adalah terowong yang penuh dengan lampu kelip-kelip. Bermula Disember pula, mereka yang hadir ke instalasi ini boleh menikmati animasi 3D pada pintu utama pusat membeli belah ini.
Bermanja dengan maskot Coach di butik sambil mengenali koleksi hujung tahun Coach seperti beg Studio dalam motif Signature dan Coach Quilties metalik.
PAUTAN BERKENAAN: MICHAEL B. JORDAN DAN BLUE THE GREAT LANCAR KOLEKSI BUAT COACH
Tags
Artikel Yang Berkaitan
COACH x TOM WESSELMANN, MERAIKAN KARYA ARTIS POP TERNAMA
Coach mengundang Tom Wesselmann untuk hasilkan koleksi kapsul. Menggabungkan seni dan fesyen, deretan aksesori memikat melengkapi penampilan.
YOON CHAN-YOUNG SEBAGAI DUTA COACH KOREA
Daripada watak pelajar kolej dalam siri All Of Us Are Dead kini dilantik duta buat Coach Korea
GL APRIL: ISMAIL IZZANI, CERTIFIED LOVER BOY
Mencitrakan lambang simbolik akan perjuangan hidup sebagai anak seni, Ismail Izzani, 22, ligat mengibarkan kepak warna-warninya dalam mendakap mesra kebebasan serta kasih sayang.
BUFET RAMADAN ‘MUHIBBAH MALAYSIA’ DI PAVILION HOTEL KUALA LUMPUR
Bermula pada 7 April hingga 1 Mei 2022, Pavilion Hotel Kuala Lumpur menyatukan semangat keharmonian dengan menu bufet berbuka puasa “Muhibbah Malaysia” bersempena dengan bulan Ramadan tahun ini.
FIVE GUYS KINI DI PAVILION KUALA LUMPUR
Selepas pembukaan restoran pertama di Resort World Genting, FIVE GUYS kini membuka cawangan kedua di Malaysia yang berlokasi di pusat membeli-belah, Pavilion Kuala Lumpur.
TAHUN HARIMAU MENJANJIKAN KOLEKSI MENGANCAM
Tambah koleksi eksklusif dengan cetakan belang harimau sempena Tahun Baru Cina!