GL25: SOROTAN PENUH GAYA BERSAMA GLAM LELAKI 2025
GLAM Lelaki mengimbau kembali detik-detik berharga bersama selebriti, GL Team dan pelbagai jenama sepanjang 2025 dalam GL25.
Bersambung dari bahagian pertama GL25, GLAM Lelaki menandai sebuah perjalanan penuh makna tahun ini—tahun yang menyaksikan kebangkitan, transformasi dan pengaruh yang semakin kuat dalam arena fesyen, gaya hidup dan budaya lelaki masa kini.
Dalam bahagian kedua GL25, kami mengumpulkan momen paling signifikan tahun ini: kemunculan pertama GL Gang, perkahwinan selebriti yang dihadiri, sorotan utama di Met Gala 2025, GL Roompass yang merangkumi jenama tempatan serta KL Fashion Week 2025. . GL25 bukan sekadar sorotan semula, tetapi sebuah deklarasi identiti baharu GLAM Lelaki — lebih matang, lebih yakin dan terus menjadi suara utama lelaki moden.
#6 Debut GL Gang
GL Gang diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2025. GL Gang merupakan personaliti lelaki yang dipilih untuk berkolaborasi bersama GLAM Lelaki dalam mencipta kandungan digital. Nik Rifa’ie, Adam Shafique, Farhan Asri, Razin Qidran dan Hazeeq Dean merupakan barisan wajah pertama buat GL Gang. Dalam siri bersama GL Gang, kami perkenalkan kelima-lima wajah ini melalui video teaser. Pandu uji, pilates, momen GRWM, sesi penggayaan malah gubahan bunga dilakukan oleh GL Gang sebagai aktiviti utama.
#7 Momen Indah Perkahwinan
Tahun 2025 dipenuhi dengan keindahan majlis perkahwinan GL Boys. Dari Fattah Amin yang dipenuhi seri bersama pasangannya Amira Othman, hingga Fazziq Muqris dan Sharifah Areeqa yang baru-baru ini membina rumah tangga mereka. Selain itu, Eyka Farhana turut mengadakan perkahwinannya yang cantik, di Langkawi tahun ini bersama Akhyar Rashid. Pasangan yang menjadi penantian ramai, Syafiq Kyle dan Mimi Lana turut diijabkabulkan pada tahun 2025 yang indah ini.

#8 Barisan Fashionista Di Met Gala
Barisan selebriti ternama menghiasi acara fesyen terbesar tahun ini, Met Gala. Selebriti lelaki menjadi sorotan utama untuk acara tahunan ini. Bertemakan Superfine: Tailoring Black Style dan dresscode Tailored For You, wajah-wajah utama fesyen seperti Pharell Wiliams, S.Coups (SEVENTEEN), A$AP Rocky dan Lewis Hamilton menghadiri dengan penuh megah. Raja Bollywood, Shah Rukh Khan turut membuat kemunculan sulungnya di Met Gala tahun ini dengan busana rekaan Sabyasachi Mukherjee.
#9 Jenama Tempatan Di GL Roompass
Tahun ini, GLAM Lelaki turut memperkenalkan segmen GL Roompass yang merangkumi pelbagai jenis kandungan. Kami melangkah ke butik-butik fesyen tempatan serta momen-momen belakang takbir selebriti Malaysia. Tahun ini, 3 butik tempatan menjadi sorotan utama GLAM Lelaki. Dimiliki oleh duo pereka, Cyii Cheng dan David Han, butik baharu Ghostboy Club menjadi pilihan pertama. GLAM Lelaki turut melawat thrift store terhangat di Subang Jaya, OKGO Store yang dimiliki oleh pasangan suami isteri, Zamir Alif dan Shakira Idora. Yang terakhir, buat peminat papan luncur, Burrow Skateshop turut dikunjungi atas sebab keunikkan mereka.
#10 KL Fashion Week Penyerlah 2025
Minggu Fesyen Kuala Lumpur yang sibuk dan penuh gaya turut menjadi sorotan utama tahun 2025 bagi GLAM Lelaki. Bergerak dari gaya avant-garde ke interpretasi warisan yang lebih kontemporari, setiap koleksi menyerlahkan kreativiti, eksperimentasi, serta karakter tersendiri yang mencerminkan evolusi fesyen Malaysia di arena global. KLFW tahun ini turut memperlihatkan perpaduan seni, budaya, dan arus trend dunia yang terus mengilhamkan para penggemar fesyen.
Kehadiran selebriti-selebriti tempatan seperti Fattah Amin, ALVN, Adam Lee, Mimi Lana dan ramai lagi turut memeriahkan lagi KLFW 2025. GLAM Lelaki turut melangkah ke backstage demi merakam momen-momen sibuk dan proses kreatif yang berlangsung disebalik jenama-jenama hebat ini.
Pautan berkaitan: GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025
GLAM Lelaki imbas semula momen istimewa bersama selebriti, GL Team serta jenama-jenama sepanjang tahun 2025 di GL25.
AVANT-GARDE & HIGH FASHION DESIGNER “ON YOUR RADAR”
Sorotan pereka avant-garde dan high fashion Malaysia yang wajar diberi perhatian dalam landskap fesyen kontemporari tempatan.
TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI MALAYSIA DENGAN GAYA RAMBUT PALING ‘ON-POINT’
Total Grooming Check oleh GLAM Lelaki menyorot gaya rambut Robert Pattinson & selebriti lelaki Malaysia yang menjadi rujukan grooming moden.
Ernie Zakri, Fattah Amin, Adam Lee & Jazmy Juma Cemerlang di ABPBH ke-37
Ernie Zakri dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 37, mengatasi saingan sengit daripada finalis top 5 lain.
TOP 5 FILEM MALAYSIA PALING HANGAT TAHUN 2025
Industri perfileman Malaysia pada tahun 2025 banyak mengeluarkan filem-filem hangat dengan pencapaian yang cukup tinggi.
6 ARTIS LELAKI YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025
Tahun 2025 dipenuhi dengan berita artis-artis lelaki yang berkahwin bersama wanita pilihan mereka yang cukup jelita.











