#GLFirstgayahidup: UNIQLO SPORT UTILITY WEAR
Pengarang Gaya Hidup, Muzammin Muzlan mencuba sendiri koleksi UNIQLO Sport Utility Wear yang bukan sahaja boleh dipakai ketika bersukan, juga selesa digayakan sepanjang hari.
Fungsi dan keselesaan terus menjadi paksi kepada inovasi rekaan setiap koleksi UNIQLO. Tapi, bagaimana pula koleksi utiliti sukan daripada label gaya hidup Jepun ini? Pengarang Gaya Hidup. Muzammin Muzlan berpeluang mencuba sendiri koleksi UNIQLO Sport Utility Wear yang bukan sahaja boleh dipakai ketika bersukan dan melakukan aktiviti luar, juga selesa digayakan sepanjang hari.
UNIQLO Sport Utility Wear hadri dalam pelbagai rekaan dan desain. Saya memilih padanan MEN Ultra Stretch DRY Sweat Full-Zip Long Sleeve Hoodie dan MEN Ultra Stretch DRY Sweat Pants dalam warna hitam. Hitam menjadi pilihan saya kerana saya merasakan ianya kelihatan lebih bergaya dan mudah untuk dipadankan untuk apa juga keadaan.
Saksikan video Instagram Reels saya mencuba koleksi UNIQLO ini di sini.
Pemilihan fabrikasi yang digunakan untuk koleksi kali ini mencuri perhatian saya selepas mencuba buat pertama kali. Materialnya sangat ringan dan selesa untuk dipakai. Bukan sahaja 20 peratus lebih ringan, material ini juga mampu meregang dua kali ganda daripada material dry stretch konvensional.
Fabrik ini juga mempunyai lapisan-lapisan udara yang akan memberikan insulasi terma yang tinggi, serta dapat mengekalkan haba. Oleh itu, saya berasa ia cukup selesa dipakai sepanjang masa. Ketika bersukan pula, material ini mempunyai fungsi quick-drying yang akan membuat peluh kering dengan cepat. Tekstur material yang lembut dan licin juga hadir dengan fungsi anti-berbulu.
Koleksi UNIQLO Sport Utility Wear ini kelihatan sporty, tanpa kelihatan seperti pakaian sukan. Selain desain tiga-dimensi yang akan dapat memeluk tubuh secara natural, ia juga diperincikan untuk memudahkan pergerakan seperti poket zip yang mudah dibuka atau ditutup dengan zipper tag. Untuk MEN Ultra Stretch DRY Sweat Full-Zip Long Sleeve Hoodie, rekaan hoddie ini boleh diubah untuk menghasilkan bentuk tiga-dimensi.
Koleksi MEN Ultra Stretch DRY Sweat Full-Zip Long Sleeve Hoodie ini hadir enam warna iaitu kelabu, kelabu gelap, hitam, kuning, hijau gelap dan biru kelasi. Manakala MEN Ultra Stretch DRY Sweat Pants mempunyai empat pilihan warna iaitu kelabu, kelabu gelap, hitam dan biru kelasi.
Foto: UNIQLO Malaysia
Baca lebih lanjut: SONOS BEAM GENERASI KEDUA KINI DENGAN DOLBY ATMOS DAN FORMAT AUDIO BAHARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
UNIQLO: C HADIRKAN KOLEKSI LELAKI
September nanti, UNIQLO bakal hadirkan koleksi UNIQLO:C musim luruh 2024 dengan istimewanya baju-baju menarik untuk lelaki.
OOTD” MUST-HAVE: 7 ITEM FESYEN LELAKI YANG PERLU ADA DALAM ALMARI ANDA
GLAM Lelaki mengemukakan panduan "OOTD" yang perlu anda memiliki untuk memastikan anda sentiasa tampil bergaya dan menawan.
APA YANG MENARIK DI STOR UNIQLO TERBESAR MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX?
UNIQLO meraikan pembukaan stor terbaharu dan terbesar di Malaysia yang terletak di destinasi beli-belah, The Exchange TRX.
Uniqlo Kolaborasi Dengan Clare Waight Keller Lancar Koleksi Uniqlo : C
UNIQLO mengumumkan kerjasama bersama pereka fesyen Britian terkenal, Clare Waight Keller untuk koleksi pakaian UNIQLO : C.
5 SEBAB KOLEKSI MUSIM BUNGA 2023 UNIQLO U ADALAH KOLEKSI ASAS TERBAIK.
Koleksi UNIQLO U yang terbaru mengilhami tema ‘A Sense of Ease’, mewujudkan tampilan sederhana yang moden.
KLASIK & AUTENTIK, KOLEKSI UNIQLO UNTUK MUSIM LURUH/SEJUK 2022
Untuk musim luruh/sejuk 2022, Uniqlo mempersembahkan himpunan yang menghidupkan semula helaian klasik dalam ilham nan autentik untuk gaya hidup hari ini.