HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE
Untuk musim bunga/panas 2024, Hackett London bersama Jenson Button dan Matthew Goode memulakan pengembaraan gaya sartorial Britain yang berlatarkan lanskap Andalusia di Seville, Sepanyol.
Label menswear premium, Hackett London yang dikenali dengan gaya sartorial tradisonal Britain pada pakaian lelaki kontemporari memulakan pengembaraan yang mengujakan melalui kempen musim bunga/panas 2024. Kempen terbaharu ini menggabungkan esen gaya Britian pada stail ikonik Hackett London dengan berlatarkan lanskap penuh keindahan Andalusia di Seville, Sepanyol.
Istimewa musim ini, Hackett London menampilkan juara dunia Formula 1, Jenson Button bersama pelakon Britain yang disegani, Matthew Goode. Kedua-dua wajah wakilan terbaharu ini menyertai pengembaraan Andalusia dalam membiaskan nadi koleksi terbaharu ini. Semangat ingin tahu dan cinta pada pengembaraan menjadi definisi lelaki Hackett. Dan, kempen ini merefleksikan kualiti ini berlatarkan kota bersejarah, Seville yang mempunyai tiga lokasi Tapak Warisan Dunia UNESCO dalam gaya yang tersendiri.
Jurufoto terkenal, Tom Craig merakamkan momen bersama Jenson Button dan Matthew Goode ini. Mereka menyusuri jalanan budaya penuh sejarah di sekitar kota Seville. Kempen ini pula diterjemahkan persis sebuah diari visual. Ia memotretkan duo pilihan ini yang membuat kemunculan gah di perkarangan hotel Sevilla nan ikonik menggunakan sebuah kereta vintaj. Mereka juga dilihat menyertai perlawanan croquet yang mesra. Selain menikmati tapas menyelerakan di bar tempatan, serta melintasi Palaza de Espana yang memukau.
Koleksi Hackett London Musim Bunga/Panas 2024
Untuk musim bunga/panas 2024, Hackett London menampilkan variasi pemilihan fabrik, gaya hibrid yang timeless, dan kombinasi fabrikasi yang penuh imaginasi. Ia dapat menghasilkan sisi moden yang kemas dengan sentuhan penuh klasik. Palet warna yang diketengahkan pula bermula dengan ton klasik Hackett seperti biru, hijau dan beige. Berlainan musim ini, transformasi ton warna segar seperti mandarin terang, hijau lumut, merah jambu abu dan biru Atlantik juga dilihat menjadi pilihan.
Membuka koleksi musim ini dengan seleksi outerwear tradisional melalui jaket teknikal kalis-air yang versatil, dan padanan lapisan tengah seperti kardigan kolar sebai yang sofistikated juga gilet suede. Apabila cuaca semakin panas ketika peralihan musim, fabrik yang ringan dan warna-warna terang diperkenalkan untuk memberikan gaya yang lebih selesa. Jaket blazer juga diperkenalkan dalam pilihan cetak genggang, windowpane, dan paten herringbone dengan penggunaan fabrik ringan yang premium seperti linen dan campuran sutera-wul. Ia bakal menjadi tarikan utama untuk gerobok peralihan musim penuh tradisi.
Koleksi Pakaian Asas Pilihan Lelaki Hackett
Rekaan asas terus menjadi tarikan utama musim ini. Koleksi ini menawarkan pelbagai pilihan pada kemeja, kemeja lepas herringbone campuran dan baju polo. Juga kemeja-t kapas organik dalam ton biru klasik dan warna terang sesuai musim panas. Tidak lengkap koleksi lelaki tanpa rangkaian seluar yang dihasilkan daripada kapas premium dan tekstil linen. Tampil dalam siluet yang kemas, lantas memberikan gaya yang relaks dan bergaya untuk apa jua acara.
Hackett London terus berani mencabar sempadan fesyen lelaki. Lantas, ia memberikan definisi menswear premium dengan menyuntik sisi DNA jenama dalam setiap aspek untuk kempen kali ini. Koleksi musim bunga/panas 2024 ini menjemput lelaki untuk menyerlahkan semangat kembara untuk memulakan langkah gaya baharu. Berlatarkan lanskap Sepanyol, tarikan tersendiri pada kota Seville digabungkan bersama stail yang timeless untuk lelaki Hackett moden hari ini.
Koleksi Hackett London musim bunga/panas 2024 boleh didapati secara atas talian di https://www.hackett.com/intl/. Atau lawati stor fizikal yang terdapat di seluruh Malaysia.
Baca lebih lanjut: 15 GAYA SELEBRITI LELAKI DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KHALIL WAHID, “JANGAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN KOMEN NEGATIF!”
GLAM Lelaki bersembang dengan Khalil Walid. Dia mula menarik perhatian dengan kandungan memasak dengan gaya dan suntingan video tersendiri.
SETIAP LELAKI PERLU TAHU LIMA CARA INI UNTUK ELAK MULUT BERBAU BUSUK
Ketahui lima tips berkesan untuk mengelakkan mulut berbau busuk khas untuk lelaki.
SHUKRI YAHAYA KEKAL RELEVAN DAN CEMERLANG SEBAGAI PELAKON DRAMA & FILEM MESKI SUDAH 13 TAHUN DALAM INDUSTRI
Shukri berkongsi sisi peribadinya; tentang watak yang mencabar minda, penghijrahan isteri tercinta, definisi kejayaan sebenar dan rahsia untuk terus bersyukur meski berada di puncak populariti.
TOP 7: MODEL BARU LELAKI DI SEBALIK RUNWAY PALING HANGAT
Peragaan fesyen lelaki tahun 2025 telah mengubah stigma masyarakat. Ini senarai model baru lelaki tahun 2025 di pentas fesyen global.
SELEBRITI LELAKI BERBADAN CANTIK: INSPIRASI ‘MODERN MASCULINITY’ DARI AEDY ASHRAF, IKMAL AMRY DAN RAMAI LAGI.
Inspirasi ‘modern masculinity’ dari lapan selebriti lelaki Malaysia. Penampilan fizikal dek ketekunan mereka nyata mencetus inspirasi.
KOLABORASI HANGAT & BEREVOLUSI MUSIM INI, LEVI’S® DAN NIKE. MULA TERJUAL 10 JULAI INI!
Levi's® dan Nike, bekerjasama melancarkan koleksi yang paling dinanti-nantikan. Musim ini, kedua-dua jenama menggabungkan warisan denim yang kaya daripada Levi's® bersama rekaan ikonik Air Max 95 Nike.