Armani Exchange Singkap Mood Cerita & Penuh Tenaga
SAAT MEMILIH BUSANA KASUAL MUSIM BUNGA, KENYAMANAN BAHAN SERTA KEUDARAAN TENTU MENJADI PERTIMBANGAN DEMI DAPAT BERGAYA DENGAN NYAMAN DAN STYLISH SECARA BERSAMAAN. UNTUK MUSIM BUNGA 2023, ARMANI EXCHANGE SAMBUT TENAGA VIBRANT YANG AKAN MENDUKUNG SETIAP GERAK ANDA.
Menggariskan semangat jenama Armani Exchange yang baharu, untuk kempen musim bunga/panas 2023, menyingkap tema juga semangat “We Beat As One” yang dengan jelas dan nyata merangkumi nilai dan keunikan jenama. Satu ekspresi tenaga yang hebat, pergerakan dan gaya yang mendatang. Hadir bersama dalam satu rentak.
Dirakam di studio oleh Drew Vickers, visual kempen membayangi warna putih dan cahaya yang terbias secara bersamaan pada bahagian belakang. Bersama barisan model yang bervariasi rupa dan inklusif. Setiap model hadir dirakam ada bersendirian atau berpasangan. Menangkap pose dinamik seperti gerakan menari dan kebebasan bergerak yang berpadu dengan pakaian pilihan tanpa perbezaan gender.
Mesej positif dan bertenaga juga mengilhami penghasilan kempen video yang dirancakkan dengan muzik tema “My Heart Goes Boom” oleh French Affair, menepati tema yang cuba disampaikan Armani.
Rentak muzik yang rancak menghidupkan lagi kempen video Armani Exchange…
Untuk musim ini, rentak muzik menjadi bunyi pengenalan untuk mengiringi pelancaran kempen dan koleksi. Muzik iringan merupakan hasil kerja oleh pereka Simona Argurio dan Riccardo Paparella, dan dianimasikan oleh pereka grafik Chiara Gucciardi dan Enrico Clementi. Lalu menterjemahkan estetika Armani Exchange dalam bentuk muzik yakni segera, minimal dan kekuatan karakter.
Perihal rekaan pula, memberikan identiti berbeza pada setiap potongan, logo reflektif, poket yang ditempatkan di posisi betul, juga hadir di beberapa sudut pakaian demi proses gaya harian yang praktikal tanpa meninggalkan nuansa penuh gaya.
Setiap rekaan direka dengan sempurna, secara teknikalnya koleksi musim ini melalui penelitian yang teliti dan perincian terhadap setiap material dan rekaannya demi memuaskan setiap pemakai.
Artikel berkaitan: CARLOS ALCARAZ DILANTIK SEBAGAI WAJAH KEMPEN CALVIN KLEIN TERBAHARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
GLAM Lelaki menyenaraikan lima filem terbaik (pilihan GLAM Lelaki) lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2. Siapa yang tidak mengenali figura hebat bernama Meryl Streep? Sorry to say, bintang ikonik ini sering dianggap sebagai pelakon teragung zaman moden. Meryl Streep telah memenangi pelbagai anugerah berprestij sepanjang kerjaya seni….
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.















