Skip to content

DISNEY DAN KEITH HARING MUNCUL DI COACH

Kongsikan artikel ini

Apa yang akan kamu dapat jika menggabungkan dua insan kreatif di bawah satu bumbung fesyen? Pastinya satu himpunan yang unik dan fun! Inilah hasilnya apabila Coach menjemput Disney dan Keith Haring berkolaborasi bersama. Maka lahirlah Disney x Haring x Coach! Ia menyatukan maskot utama Disney yakni Mickey Mouse dalam cetusan ilustrasi hebat artis, Keith Haring. Manakala, setiap lukisan itu dijadikan pula cetakan unik di Coach. Langsung, ia melengkapkan tiga jenama gergasi ini dalam satu usaha sama fesyen dan seni paling playful. Melalui usaha sama ini. Coach meminjam lukisan Haring pada era 80-an. Mickey Mouse digubah lebih klasik dalam rona hitam dan merah yang ikonik itu.

disney dan keith

Cole Sprouse

Cetusan unik antara Disney dan Keith Haring digarap indah oleh Stuart Vevers di Coach. Serta misi yang hendak disampaikan adalah yang seni ini buat semua. Makanya, Coach memilih seni Haring yang paling dekat dengan semua yakni Andy Mouse. Ia juga adalah satu penghormatan yang diberikan oleh Keith Haring pada idolanya, Andy Warhol. Ada cetakan ala Andy Warhol yang ditambah dengan telinga Mickey Mouse! Ini menguatkan lagi semangat pop art di dalam koleksi Disney x Haring x Coach!

disney dan haring

Myles O’Neal

Bersempena dengan usaha sama fesyen tiga jenama ini, Coach ambil peluang untuk melancarkan satu aktiviti menarik secara maya. Disney Mickey Mouse x Coach Exploratorium adalah satu projek pengalaman digital yang boleh diterokai untuk mengenali lebih dekat tentang koleksi ini. Orang ramai juga boleh singgah ke Pavillion untuk melihat patung gergasi Mickey Mouse di popup store mereka yang berlangsung sehingga 10 Januari!

disney dan haring

PAUTAN BERKENAAN: ATMA KREATIF FRANK MULLER X NEW BALANCE

By Aizat Aidid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA

Bacaan Lanjut
coach Malaysia

COACH ‘WEAR YOUR SHINE’ BERSAMA DOVE CAMERON, LIL BUCK, KEMIO, LEE YOUNG-JI & SONG YANFEI

Bacaan Lanjut

COACH RUJUK STAIL KEINDIVIDUAN LIL NAS X

Bacaan Lanjut
KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

Bacaan Lanjut
MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
10 GAYA ‘LIT’ DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2023

10 GAYA ‘LIT’ DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2023

Bacaan Lanjut