Skip to content

KESATUAN KLASIK & KONTEMPERORI

Kongsikan artikel ini

10 Januari 2020 ini, sepasang kasut signatur lama berwajah baru bakal tiba dipasaran Malaysia. TIGER CORSAIR™ EX adalah koleksi terbaru Onitsuka yang di kemaskini daripada rupa kasut ikonik TIGER CORSAIR™ yang telah tercipta semenjak era 70-an. Jenama kasut daripada Jepun ini terus maju memberikan tawaran kepada peminatnya dengan koleksi serba kontemperori yang bergabung diantara fesyen dan sukan serta warisan dan inovasi.

Buat himpunan TIGER CORSAIR™ EX inovasi perincian telah dipertingkatkan dengan menggunakan bahan seperti fuzeGEL sebagai penyerap kejutan yang telah diselitkan diantara tapak dalam dan luar. Lapisan tapak dalam kasut OrthoLite® dimasukan bagi memberikan keselesaan sepanjang hari.

Terdapat dua jenis rekaan dikeluarkan bagi koleksi ini. Fabrik kulit juga suede, akan tetapi untuk perincian sisi tepi garisan logo ikonik Onitsuka berbeza bagi setiap kasut. Untuk sepatu suede garisan logo dicipta dengan jahitan sulam manakala untuk sepatu kulit hadir dengan fabrik kulit yang sama. Terpulang kepada anda untuk memilih mengikut citarasa masing-masing.

Himpunan TIGER CORSAIR™ EX terbaru ini bakal dilancarkan pada 10 Januari 2020 ini dan tersedia dijual di setiap kedai Onitsuka Tiger terpilih juga anda boleh dapatkannya memalui laman web www.onitsukatiger.com

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

influencer lelaki malaysia

SENARAI INFLUENCER LELAKI YANG MENGINSPIRASIKAN SEMPENA HARI LELAKI SEDUNIA

Bacaan Lanjut
mierul aiman glam lelaki

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut

BLACK BAY ILHAM TUDOR: IKON JAM TANGAN PENYELAM DENGAN EVOLUSI TERKINI

Bacaan Lanjut
LEE jeans

LEE JEANS TAMPILKAN ZHANG LINGHE DALAM “THE BEST STORIES HAPPEN IN JEANS”

Bacaan Lanjut

NARATIF GAYA IDRIS KHAN BERSAMA MONTBLANC

Bacaan Lanjut
joe flizzow adidas

GELOMBANG BUDAYA ADIDAS ORIGINALS SUPERSTAR

Bacaan Lanjut