PERSALINAN H&M SEMPENA CHINESE NEW YEAR
Tahun Baru Cina Hampir tiba, lagi beberapa hari dari sekarang. Selalunya perayaan ini adalah satu masa yang sepatutnya diguna sepenuhnya untuk menghabiskan masa bersama keluarga juga tersayang. Ini telah digambarkan dalam kampen terbaru H&M buat himpunan Chinese New Year tahun ini!
H&M mewajahkan dua pelakon lelaki dan perempuan China terkenal Shaofeng Feng & Liying Zhao buat kempen Tahun Baru Cina bersama H&M. Koleksi kapsul buat perayaan ini tersedia di 11 buah negara: Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Singapura, dan Kanada.
Buat anda yang masih tercari persalinan juga aksesori bagi menyambut Tahun Baru Cina, tidak kira sama ada anda yang menyambut atau tumpang menyambut di rumah rakan-rakan sekerja. Jaringan koleksi lelaki buat kapsul ini tersedia berbagai pilihan berkonsepkan elemen athleisure daripada kemeja-T lengan panjang, hoodie juga celana. Terus juga bagi meraikan tahun tikus H&M mengambil ikon kartun Tom & Jerry juga Mickey dan Minnie Mouse sebagai simbol cetakan pada helaian-helaian yang dikeluarkan. Juga terdapat ikon Mighty Mouse dan The Itchy and Scratchy Show memeriahkan koleksi ini.