INFLUENCE TO IMPACT: 5 JENAMA MILIK USAHAWAN MUDA DI MALAYSIA
Kenali lima personaliti media sosial lelaki Malaysia yang bermula dari public figure ke usahawan muda berjaya dengan jenama sendiri.
Di era digital hari ini, populariti di media sosial bukan lagi sekadar angka pengikut. Ia telah menjadi modal kuasa untuk membina jenama, mencipta bisnes dan membentuk legasi sendiri. Lima lelaki ini membuktikan bahawa pengaruh boleh diterjemahkan kepada keusahawanan sebenar. Dari fesyen, penjagaan kulit, hingga sukan tempur. Mereka bukan hanya wajah di skrin, tetapi usahawan muda yang menggerakkan industri. Bermula dari lakonan, content creation dan bidang kreatif yang lain, individu ini menyalur bakat dan pengaruh mereka ke dunia perniagaan.
#1 Mierul Aiman – DreamKid
Dikenali sebagai pelakon dan model generasi baharu, Mierul Aiman turut menyalurkan minat kreatifnya ke dalam dunia fesyen menerusi jenama DreamKid. Menariknya, jenama ini dibangunkan bersama rakan-rakan sekolahnya sendiri. Ini menjadikan DreamKid bukan sekadar jenama fesyen, tetapi simbol persahabatan dan visi bersama. Dengan estetika streetwear yang santai dan dekat dengan anak muda, DreamKid mencerminkan gaya hidup generasi yang berani bermimpi besar dan bergerak secara kolektif.
#2 Han Pin Ma – Gote Club
Sebagai personaliti media sosial yang sinonim dengan gaya hidup moden dan self-care, Han Pin Ma melihat kekosongan dalam pasaran penjagaan kulit lelaki. Lahir daripada pemerhatian itu, Gote Club diwujudkan. Sebuah jenama penjagaan kulit yang direka untuk lelaki, ringkas, praktikal dan mudah difahami. Fokus Gote Skin adalah menjadikan penjagaan kulit sebagai rutin harian yang tidak rumit, sekaligus mengubah stigma bahawa skincare bukan untuk lelaki.
#3 Gajen Chandra – Chandra Skin
Gajen Chandra membina empayar kecilnya bermula daripada satu produk asas yang sering dipandang remeh: pelembab bibir. Melalui Chandra Skin, dia menekankan kepentingan grooming essentials yang berkualiti tinggi dan sesuai untuk kegunaan harian. Kejayaan produk bibirnya menjadikan Chandra Skin dikenali sebagai jenama yang minimal, gender-neutral, dan sangat dekat dengan keperluan sebenar pengguna moden.
#4 Eddy – All Love
Personaliti media sosial Eddy mengambil pendekatan kolaboratif dalam dunia bisnes dengan menubuhkan jenama fesyen All Love bersama Julien Lau. Jenama ini membawa mesej kebebasan ekspresi, keselesaan dan good energy, diterjemahkan melalui potongan pakaian yang versatil dan effortless. All Love bukan sekadar pakaian, tetapi refleksi gaya hidup — santai, positif dan inklusif.
#5 Wafiy Aan – Fury Championship
Berbeza daripada yang lain, Wafiy Aan membawa pengaruhnya ke arena yang lebih lasak menerusi Fury Championship. Platform sukan tempur ini menggabungkan elemen tinju, Muay Thai dan seni mempertahankan diri sebagai hiburan kompetitif moden. Fury Championship membuka ruang kepada atlet, selebriti dan pempengaruh untuk bersaing secara profesional, sekali gus mengangkat sukan tempur ke tahap hiburan arus perdana di Malaysia.
Lima lelaki ini membuktikan bahawa pengaruh + visi = bisnes berimpak. Sama ada melalui fesyen, penjagaan diri atau sukan, mereka menggunakan platform media sosial sebagai batu loncatan untuk membina jenama yang autentik dan relevan. Inilah wajah usahawan muda Malaysia hari ini. Lebih berani, kreatif dan tidak takut mencipta laluan sendiri.
Pautan berkaitan: 6 JENAMA BAJU MELAYU RAYA 2026 PILIHAN GLAM LELAKI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.





