Skip to content

INSPIRASI SENI CLOISONNÉ LOEWE UNTUK TAHUN BARU CINA

INSPIRASI SENI CLOISONNÉ LOEWE UNTUK TAHUN BARU CINA

Kongsikan artikel ini

LOEWE meraikan Tahun Baru Lunar dengan koleksi istimewa dan filem pendek bertajuk ‘Spring Awakening: Dance of the Snake’.

Kempen ini memberi penghormatan terhadap seni kraf tradisional Cina sempena Tahun Ular. Menghormati seni kraf Cina untuk menyambut tahun baru telah menjadi tradisi tahunan bagi LOEWE. Koleksi tahun ini terinspirasi oleh seni cloisonné Cina yang kuno. Cloisonné adalah teknik enamel hiasan yang digunakan secara tradisional di istana diraja. Ia terkenal dengan warna-warna cerah, reka bentuk yang rumit, dan proses pembuatan unik. Kawat logam berharga dibentuk menjadi corak dan diisi dengan tampalan kaca berwarna.

LOEWE

Sempena Tahun Ular, LOEWE bekerjasama dengan Xiong Songtao. Beliau merupakan seorang Master Seni dan Kraf Cina serta pengrajin cloisonné generasi ketiga, untuk menghasilkan dua set karya cloisonné. Beg Nest dengan butiran cloisonné kepala ular dan bunga teratai, serta rantai leher dengan loket cloisonné. Ia memaparkan motif ular, monyet, dan awan yang membawa tuah. Inspirasi cloisonné ini turut diterapkan dalam pakaian sedia pakai, kasut, aksesori, dan siri beg edisi khas.

loewe

Tas tangan berbentuk awan dan ular melingkar, manakala beg ikonik seperti Puzzle bag dan Pebble Bucket dihias dengan kesan 3D awan dan rantai ular seperti barang kemas. bag

Koleksi ini disertai filem pendek bertajuk ‘Spring Awakening: Dance of the Snake’, menampilkan tarian kontemporari, seni membuat layang-layang tradisional dan wayang kulit sebagai penghormatan kepada seni kraf dan kedatangan musim bunga. Dibintangi oleh penari terkenal Cina, Xie Xin, bersama kumpulan tariannya, filem ini mengisahkan seekor ular kesepian yang diterima oleh haiwan lain di hutan. Bersama-sama, mereka menyambut musim bunga dan permulaan tahun baru yang penuh harapan.

loewe shoe

Wayang kulit yang rumit dalam filem ini dihasilkan oleh seniman Cina, dinamakan Danno. Manakala alat peraga ular adalah hasil kerja Zhang Xiaodong. Dia merupakan wakil seni layang-layang tradisional Weifang yang diiktiraf oleh projek Warisan Budaya Tidak Ketara Kebangsaan China.

Pautan Berkaitan: KOLEKSI BIRKENSTOCK 1774 SEMPENA TAHUN BARU

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KOLEKSI BIRKENSTOCK 1774 SEMPENA TAHUN BARU

KOLEKSI BIRKENSTOCK 1774 SEMPENA TAHUN BARU

Bacaan Lanjut
DESIGNER OF THE YEAR 2024 DIRAIH JONATHAN ANDERSON

DESIGNER OF THE YEAR 2024 DIRAIH JONATHAN ANDERSON

Bacaan Lanjut
LOEWE

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN LOEWE MEN SPRING SUMMER 2025 DI SINI

Bacaan Lanjut
TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT

TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT

Bacaan Lanjut
IDEA STAIL TAHUN BARU DARI LOEWE

IDEA STAIL TAHUN BARU DARI LOEWE

Bacaan Lanjut
Van miro & wujo

KOLEKSI KASUT VANS EKSKLUSIF BERSAMA MIRO & WUJO SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

Bacaan Lanjut