5 JENIS SELUAR YANG PERLU DIMILIKI SETIAP LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI
Apabila berbicara tentang fesyen dan gaya peribadi, penting untuk setiap lelaki membina penampilan seharian dengan helaian asas serba boleh. Antara staples yang wajib ada ialah jenis jenis seluar berbeza untuk cipta gaya dinamik penuh keselesaan.
Setiap jenis seluar lelaki direka untuk memenuhi keperluan, pilihan peribadi dan acara yang berbeza. Usah hanya limit kan diri dengan memakai seluar jeans setiap hari! Ini kerana kaki anda juga perlukan ruang untuk bernafas, jadi tidak salahpun untuk anda mencuba seluar berbeza dalam penampilan.
5 JENIS SELUAR YANG PERLU DIMILIKI SETIAP LELAKI
Ayuh baca lebih lanjut jenis seluar lelaki pilihan GLAM Lelaki yang wajib ada dalam wardrobe anda.
1. LINEN
Seluar linen untuk lelaki adalah seluar tambahan yang sangat penting dalam penampilan. Ia terkenal dengan sifatnya yang ringan, breathable dan selesa. Seluar linen menggabungkan gaya dan practicality, menjadikannya pilihan ideal untuk acara santai, hari pantai dan juga majlis separa formal.
Apabila memadankan seluar linen, anda perlu memadankannya dengan baju bergaya yang betul. Untuk penampilan kasual, pilih baju polo lightweight dark. Untuk penampilan yang lebih formal, padankan seluar linen dengan baju berbutang. Pakaian ini sesuai untuk aktiviti luar, perhimpunan kasual atau seharian di pejabat.
2. PLEATED
Seluar pleated untuk lelaki adalah pilihan klasik dan versatile yang memberi sentuhan sleek.dan clean look. Selua ini terkenal dengan lipatan di hadapan yang tersendiri yang menghasilkan fabrik tambahan di sekeliling pinggang, ia seluar berlipat yang menawarkan gaya dan keselesaan.
Pleated dalam seluar ini bukan sahaja berfungsi dengan menyediakan ruang tambahan di sekeliling pinggul dan peha tetapi juga menambah elemen visual yang halus pada pakaian. Perincian reka bentuk ini menambah kedalaman dan tekstur pada seluar, menjadikannya pilihan terbaik untuk majlis atau situasi yang lebih formal di mana anda ingin menayangkan imej yang classy.
3. COTTON CHINOS
Cotton chinos ialah wardrobe essential untuk lelaki, menawarkan gabungan keselesaan, gaya eksklusif dengan gaya yang sempurna. Ia juga terkenal dengan penampilan kasual, menjadikannya pilihan serba boleh untuk pelbagai majlis.
Cotton chinos untuk lelaki merangkumi konsep effortless style. Fabriknya yang selesa, reka bentuk klasik menjadikannya ia staple yang terdapat dalam almari pakaian setiap lelaki. Dengan bereksperimen dengan warna, gandingan dan gaya yang berbeza, anda boleh menggayakan pelbagai rupa yang mencerminkan keperibadian anda sambil menikmati keselesaan.
4. WOOL
Seluar yang diperbuat daripada wool boleh tampak sophisticated dan formal, rustic dan kasual. Ia juga boleh disuaipadan untuk penampilan moden mahupun klasik. Semuanya bergantung dengan cara anda menggayakan seluar ini.
Seluar wool juga adalah seluar yang menggayakan konsep timeless yang menambah sentuhan sophistication dan warmth pada pelbagai outfit. Wool ialah gentian semula jadi yang terkenal dengan kualiti yang luar biasa, menjadikan seluar wool sebagai pilihan yang praktikal dan bergaya untuk pelbagai majlis.
5. SLIM SELVEDGE DENIM JEANS
Sejujurnya, GLAM Lelaki boleh memilih beberapa seluar jeans denim di sini tetapi untuk pilihan yang solid dan bergaya, seluar jeans selvedge slim fit adalah pilihan paling teratas.
Sudah tentu, jeans potongan biasa, jeans gaya kaki lebar yang longgar ataupun jeans putih masih lagi relevan dalam gaya fesyen sekarang. Ia semuanya bergantung kepada jenis badan dan estetik peribadi anda.
Tetapi untuk fleksibiliti maksimum, potongan slim cut menandai semua kotak. Denim selvedge hanya memberi anda jaminan kualiti dan ketahanan.
Dalam dunia fesyen lelaki, memilih seluar yang betul berdasarkan ekstetik anda ialah cara yang berkesan untuk mengekspresikan keperibadian anda dan mencipta almari pakaian cohesive dan stylish.
Kesesuaian jenis seluar memainkan peranan penting dalam penampilan keseluruhan anda. Malah siluet seluar juga menyumbang kepada mood penampilan yang ingin anda sampaikan.
Artikel berkaitan: Jenama Streetwear Setiap Lelaki Perlu Tahu
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 GAYA FESYEN IKONIK AWAL ASHAARI
Gaya fesyen Awal Ashaari cukup ikonik menjadikannya salah seorang selebriti lelaki Malaysia yang cukup versatil dari segi fesyen dan lakonan.
STAIL LELAKI MUSIM PANAS YANG WAJIB DIIKUTI
Stail lelaki musim panas yang wajib dicuba tahun ini! Pilih fabrik ringan, warna ceria dan potongan kemas untuk penampilan segar dan bergaya.
ANGIN PASANG LELAKI: MASALAH KESIHATAN YANG RAMAI TAK SANGKA BAHAYA!
Angin pasang lelaki berlaku apabila organ atau tisu lemak terhimpit melalui tempat lemah pada otot sekeliling atau tisu penghubung yang dipanggil fascia. Ia sering berlaku di mana dinding perut lebih lemah, seperti di perut atau pangkal paha, dan boleh mempunyai pelbagai sebab.
RECAP GLAM LELAKI RESET: FESYEN TERBAIK SELEBRITI
Sorotan fesyen terbaik dari malam GLAM Lelaki Reset.
HUN HAQEEM VS IKMAL AMRY DI FURY CHAMPIONSHIP
Pertarungan paling dinanti-nantikan telah tiba! Hun Haqeem dan Ikmal Amry tampil luar biasa dalam Fury Championship 2025.
GLAM LELAKI APRIL 2025
Presenting, our favourite boy untuk GLAM Lelaki Mei 2025! ALVN adalah bukti bahawa ketahanan dan evolusi adalah kunci kejayaan.