Skip to content

JIN BTS DILANTIK SEBAGAI DUTA GLOBAL GUCCI BAHARU

JIN BTS DILANTIK SEBAGAI DUTA GLOBAL GUCCI BAHARU

Kongsikan artikel ini

Nampaknya tuah menyebelahi anggota tertua kumpulan BTS, Jin.

Baru sahaja menamatkan latihan ketenteraan pada Jun lalu, dia kini diangkat sebagai wajah global baharu jenama Itali, Gucci.

Khabar gembira itu diumumkan menerusi satu hantaran di akaun Instagram Gucci beberapa hari lalu. Perkongsian itu memaparkan beberapa fotonya menggayakan koleksi pakaian lelaki Musim Panas/Bunga 2025.

“Dengan perasaan teruja, saya mengalu-alukan Jin sebagai duta jenama global. Keperibadiannya yang mesra bagaikan magnet, dan gayanya pula sangat unik.

JIN BTS DUTA GLOBAL GUCCI BAHARU

“Dia seorang artis pemurah dan luar biasa yang mampu mempengaruhi orang ramai dengan muziknya. Ini membuatkan kami lebih berbesar hati untuk berkongsi perjalanan ini bersamanya,” kata pengarah kreatif Gucci, Sabato De Sarno dalam satu kenyataan.

Jin BTS Luah Rasa Teruja

Sebagai duta global, penyanyi berusia 32 tahun itu akan mewakili Gucci merentasi pelbagai inisiatif dan acara. Rumah fesyen mewah ini juga menjangkakan kerjasama yang akan memikat dan memberi inspirasi kepada peminat pada masa hadapan.

“Gucci adalah jenama ikonik dengan warisan dan kemodenan yang telah lama wujud. Menjadi sebahagian daripada rumah fesyen itu adalah satu pengalaman amat bermakna dan mengujakan,” kata Jin dalam satu kenyataan.

Dengan pelantikan ini, dia menyertai barisan duta Korea terkenal lain seperti Hanni NewJeans, Lee Jung Jae, Park Gyu Young dan Jay Park.

Walaupun Jin anggota BTS pertama menjalin kerjasama dengan Gucci, dia bukanlah yang pertama berkolaborasi dengan jenama mewah. Pada 2023, Jungkook diangkat sebagai duta global Calvin Klein. Suga juga diumumkan sebagai salah seorang duta Di.VAs Valentino pada tahun sama.

Dua tahun sebelum itu, kesemua ahli kumpulan BTS menandatangani kontrak dengan rumah fesyen mewah Perancis, Louis Vuitton.

 

Foto: Gucci

Pautan berkaitan: STRAY KIDS KINI DUTA ASIA TOMMY HILFIGER

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 SELEBRITI LELAKI ASIA YANG MENJADI DUTA JENAMA MEWAH

Bacaan Lanjut
TAMAT LATIHAN KETENTERAAN, MUZIK JIN BTS KEMBALI MENDUDUKI CARTA

TAMAT LATIHAN KETENTERAAN, MUZIK JIN BTS KEMBALI MENDUDUKI CARTA

Bacaan Lanjut
must watch December 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2023

Bacaan Lanjut

CALVIN KLEIN MERAIKAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2023 BERSAMA JUNG KOOK

Bacaan Lanjut
JUNGKOOK RAMPAS TAKHTA BTS DI SPOTIFY

JUNGKOOK RAMPAS TAKHTA BTS DI SPOTIFY

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut