KACAK SUNGGUH! JENSON BUTTON DALAM KEMPEN HACKETT LONDON
HACKETT LONDON UMUMKAN PELUMBA KERETA PROFESIONAL, JENSON BUTTON SEBAGAI WAJAH KEMPEN MUSIM LURUH 2022. BERGAYA DENGAN CUKUP ELEGAN, JENSON BUTTON KELIHATAN STYLISH DALAM SETIAP IMEJ KEMPEN YANG DITERBITKAN.
Kempen musim luruh/sejuk 2022 Hackett London menampilkan pelumba kereta legenda Britain dan juara dunia Formula 1, Jenson Button sebagai wajah kempen. Melalui sinergi dengan pelancaran kempen ini, jenama ikonik British tersebut melancarkan reka grafik baharu dengan rekaan logo baharu yang diilhamkan oleh kesederhanaan dan kontemporari serta elegansi lelaki.

Logo Hackett baharu menangkap aksen jenama yang menghala ke masa depan yang penuh inspirasi baharu, tanpa menyingkirkan warisan atau sejarahnya. Diinspirasikan oleh falsafah hidup pengasas Jeremy Hackett, “Keep it simple”. Tipografi logo diubah kepada font Sans Serif, untuk terlihat lebih segar dan moden, langsung disesuaikan dengan trend terkini.
Khusus himpunan musim luruh/sejuik 2022, Hackett hadirkan seleksi pakaian berkualiti dengan ‘twist’ yang tersendiri. Menampilkan rekaan yang tak terduga, namun unik pada pilihan material dan potongan, ternyata koleksi musim ini tidak melupakan warisan dan DNA British-nya. Terdapat banyak pilihan buat lelaki untuk tampil bergaya, tanpa mengira tujuan dan acara.

Kempen ini menampilkan Button sedang menikmati alam semula jadi kala musim luruh dalam suasana gaya hidup luar bandar. Koleksi ini juga mengimbau kembali asal usul di London, yang mana ditampilkan melalui pilihan palet warna dan kemahiran sartorial. Faktor selesa, versatil dan kualiti adalah kunci gaya untuk musim ini, memfokuskan kepada keperluan untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup urban.
Jenson Button tampil menyarung rekaan utama daripada koleksi, seperti jaket Velospeed, blazer yang bersifat versatil dan turtleneck pullovers. Pilihan warna seperti beige, jingga dan biru tua menciptakan penampilan yang praktikal bertunjangkan stail yang elegan dan klasik.
Artikel berkaitan: KEPELBAGAIAN KARAKTER & INDIVIDU HIASI CALVIN KLEIN MUSIM LURUH 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.
PRADA SS27, MENENTANG ‘USELESS DESIGN’
Prada SS27 menentang ‘useless design’ menerusi koleksi 'Clarity'. Saksikan bagaimana Jaehyun NCT & Troye Sivan menghidupkan visi minimalis.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.











