KEDAI JUALAN ATAS TALIAN H&M KINI DI MALAYSIA
Jenama gergasi global H&M baru-baru ini telah melancarkan online store pertama mereka di Malaysia yang bakal menawarkan pelbagai jenis produk untuk pembeli serta peminat jenama pakaian ini. Dengan pelancaran kedai atas talian baharu ini, pembeli di Malaysia kini mampu untuk mendapatkan akses kepada pilihan item-item fesyen ditawarkan dengan hanya dengan satu klik sahaja.

H&M Shop Online ini bakal menampilkan item-item terhad untuk pembelian atas talian sahaja, dengan tujuan menjadikan item tersebut lebih ekslusif buat pembeli malah boleh dimiliki untuk tempoh sepanjang tahun tanpa perlu risau akan masalah kehabisan stok. Yang menariknya, untuk pelancaran di Malaysia sahaja, H&M menawarkan 100 ceraian yang ekslusif untuk pembelian atas talian sahaja serta tidak boleh diperolehi di mana-mana tempat mahupun kedai lain.
“Kami berasa gembira untuk melancarkan Shop Online di Malaysia. Asia Tenggara merupakan kawasan yang pesat membangun untuk H&M dan dengan kemajuan pasaran atas talian, kami juga sangat bangga kerana berupaya menawarkan khidmat ini untuk peminat kami di Malaysia,” terang Pengurus Negara H&M Asia Tenggara, Fredrick Famm, dalam satu kenyataan.

H&M Malaysia juga menawarkan tawaran menarik untuk para pelanggan berupa penghantaran percuma untuk setiap pembelian sehingga 28 Mei ini. Bagi mereka yang memuat turun aplikasi H&M atau melanggan Fashion News, H&M memberikan diskaun sebanyak 25% untuk setiap item. So apa anda tunggu lagi? Layari hm.com untuk membeli-belah sekarang!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 12 Mei 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.










