KEPELBAGAIAN KARAKTER & INDIVIDU HIASI CALVIN KLEIN MUSIM LURUH 2022
KEMPEN MUSIM LURUH 2022 CALVIN KLEIN MENYAKSIKAN BARISAN WAJAH GLOBAL, BERSAMA BEBERAPA KELAINAN YANG TIDAK DIJANGKA. MENAMPILKAN KOLEKSI JEAN DAN PAKAIAN DALAM TERBAHARU, ITEM ASAS DIREKA UNTUK HARIAN DAN ‘UPDATED’.
Kempen yang diarahkan oleh Alasdair McLellan, barisan penghiasan kempen dirakam dalam stail terkini, beraksi dan dipertingkatkan gayanya khusus musim ini. Moden, minimal dan sensual, siri gambar menangkap konsep yang asli dan original (sealiran dengan identiti Calvin Klein), turut mempamerkan keperibadian sebenar setiap penghias kempen. Siri video yang berepisod, memaparkan kesemua penghias kempen sedang beraktiviti-dari senaman, mencuci pakaian ke berjamu, dengan menyarung koleksi Calvin Klein.


Antara yang membintangi kempen ini ialah pelakon, pengarah dan ikon fesyen, Chloë Sevigny, pelakon Dominic Fike, artis dan ahli kumpulan BlackPink, JENNIE, penerbit Yahya Abdul-Mateen II bersama-sama. model Akon Changkou, Efron Danzig, Fran Summers, Kade Holt, Lila Moss, Precious Lee dan Rianne Van Rompaey. Masing-masing memiliki latar belakang dan identiti yang berbeza, namun disatukan dalam satu kempen yang sama.
Himpunan pakaian dalam dan baju kasual terkini yang ditampilkan dalam kempen ini, merangkumi Embossed Icon, yang mana logo Calvin Klein diimaginasikan semula dalam reka bentuk berulang timbul, dan Bonded Flex, yang menawarkan keselesaan tanpa wayar dengan sokongan inovatif dalam material kait yang nyaman, kedua-duanya dibuat dengan kombinasi bahan kitar semula.


Siluet Modern Cotton baharu, termasuk ‘bralette’ satu bahu (untuk golongan wanita), menyaksikan potongan serba moden pada stail rekaan Calvin Klein yang ikonik. Modern Cotton Naturals menawarkan warna dan potongan baharu, dan direka dengan sumber bahan mampan. Semangat bebas dan berjiwa muda mencitrakan fesyen era ‘90-an disalurkan pada setiap rekaan terkandung.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.











