KETUKANGAN SENI RELIK DIOR
Pada pementasan koleksi Dior bagi musim panas 2020 yang lalu, Pengarah kreatif Dior Men, Kim Jones telah bekerjasama bersama artis arca terkenal New York Daniel Arsham bagi mencipta set pentas yang dihiasi dengan arca monolitik one-of-a kind huruf-huruf yang mengeja ‘DIOR’. Dengan mengambil mood tema barangan peninggalan berharga, beliau telah menukarnya menjadi sebuah hasil kerja berunsur kontemporari. Koleksi Dior 2020 membawakan sebilangan koleksi simpanan yang paling disayangi dan paling berharga bagi Monsieur Christian Dior.
Antara arca yang tercipta dari koleksi edisi terhad ini ialah buku dari tahun 1951 Je Suis Couturier yang telah diadaptasi menjadi sebuah kotak simpanan barang kemas yang bertatahkan kristal. Menjadi sebuah simbolik terhadap hasil kerja Arsham, koleksi ini juga memperlihatkan barangan terkemuka seperti bola keranjang berwarna merah jambu yang dihiasi dengan nama Dior dan juga sebuah telefon dan sebuah jam. Bagi anda yang ingin mendapatkan ukiran eksklusif ini, ia telah tersedia dijual di butik-butik Dior seluruh negara.