KIT HARINGTON X DOLCE & GABBANA ‘THE ONE’
Anda peminat siri tv popular The Game of Thrones? Sudah pasti anda mengenali siapa Kit Harington bukan? Anak kelahiran London itu baru-baru ini disunting sebagai wajah eksklusif jenama popular Itali, Dolce & Gabbana untuk kempen wangian terbaru, The One. Kacak bergaya dengan persalinan three-piece suit, kempen ini menyaksikan telatah segak Kit sebagai the muse, tampil dalam gaya hidup Sikilian Italian sambil beramah mesra bersama dengan penduduk tempatan.


Untuk kempen kali ini, Dolce & Gabbana mendapat bidikan istimewa dari jurugambar terkenal Luca Morelli. Malah video ekslusif kempen ini dirakam oleh pengarah terkenal Matteo Garrone (Gomorrah). Dengan frasa “Dolce & Gabbana: The One, for men,”, wangian ini mengabungkan bahan-bahan terbaik seperti ketumbar, basil dan anggur.


Yang menariknya, Kit tidak tampil keseorangan di dalam projek khas ini di mana dirinya turut ditemani oleh pelakon wanita jelita merangkap cast members siri TV TGOT, Amelia Clarke yang turut menyerlahlah komposisi wangian The One buat wanita. Saksikan video eksklusif kempen ini melalui pautan di bawah.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=27&v=ZKqRjSeSeBY
Oleh Wan Mohd Firdaus, 9 September 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.










