KLFW 25 ‘RECAPS’: TREND FESYEN DI PENTAS KLFW 25
Seminggu sudah berlalu sejak pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2025 melabuhkan tirainya. Namun gema gaya dan kreativiti para pereka masih segar dalam ingatan. Dari sentuhan kontemporari berinspirasikan warisan hingga siluet eksperimental yang memecah batas, KLFW 25 menjadi medan pertembungan idea segar dan estetika berani. Inilah sorotan dan trend fesyen KLFW 25 paling menonjol yang mencuri tumpuan di pentas tahun ini.
Warisan Reinterpretasi
Aksesori dan tekstil tradisional terutamanya songket dan batik, dihidupkan semula dalam bentuk kontemporari. Koleksi debut Sofia Iman bersama Suria KLCC, bertema Heritage Reimagined, Style Redefined, menyuntik warisan budaya ke dalam rekaan moden berdaya global.
Eksperimen Avant-Garde & Streetwear
Nama-nama baharu seperti Ugly Pretty, dan HUNTILANAK membawa nafas segar dengan gaya avant-garde serta estetik urban yang berani.
Gabungan Generasi & Gaya
KLFW 2025 menjadi platform untuk kedua-dua pereka veteran seperti Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini, Syomirizwa Gupta, Fairuz Ramdan dan bakat baharu seperti Akmal Hakim, ShazNash dan Raja Irfan menghasilkan ekosistem fesyen yang inklusif dan dinamik.
Denim ‘Re-definition’ (Levi’s + Fairuz Ramdan)
Trend ini mengangkat denim klasik ke tahap couture moden melalui kerjasama eksklusif antara Levi’s dengan Fairuz Ramdan. Koleksi ini menampilkan reinterpretasi denim dengan detailing yang halus dan kontemporari, membuktikan sekali lagi bahawa jeans bukan sekadar pakaian harian, tetapi kanvas ekspresi dari jahitan eksperimental hingga potongan bersih yang anggun.
Struktur Skulptural & Avant-Garde (Kit Woo)
Kit Woo sekali lagi mencuri tumpuan dengan koleksi bertema The Earth is Flat, meneruskan eksplorasi struktur siluet dan volume. Teknik seperti lipatan ‘hunchback’ yang skulptural, potongan modular, serta bentuk yang mempersoalkan hubungan antara tubuh dan pakaian menjadikan rekaan Kit Woo sebagai pensembahan fesyen yang intelektual dan memukau.
Secara keseluruhan, KLFW 2025 menegaskan bahawa masa depan fesyen Malaysia bukan hanya tentang penampilan tetapi tentang nilai, identiti, dan inovasi. Koleksi yang memukau mengajak penonton menyelami lapisan budaya, keberanian rekaan, dan visi lestari yang lebih dalam.
Artikel Berkaitan: RECAP KLFW 2025: 10 MODEL KLFW 2025 PILIHAN PENULIS GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 SEBAB MENGAPA GROOMING PENTING BUAT LELAKI
Grooming merupakan perkara yang amat penting buat lelaki yang ingin menjaga peribadi dan rupa diri di hadapan orang ramai.
PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN
TUDOR Royal Biru tampil dengan pesona baharu yang memikat menggabungkan keanggunan klasik dan sentuhan moden untuk gaya maskulin.
7 ACARA DI KUALA LUMPUR HUJUNG MINGGU INI
Hujung minggu di Kuala Lumpur akan sentiasa dipenuhi dengan acara-acara menarik buat peminat konsert, makanan mahupun seni.
50 TAHUN BERSAMA ATLET DAN BAKAT IKONIK MALAYSIA.
Oakley menghimpunkan atlet dan bakat ikonik Malaysia di ‘The Bunker' bagi memperingati legasi dalam sukan dan budaya.
RAJA IRFAN, BAKAT BAHARU FESYEN MESTI KENALI
Raja Irfan antara pereka fesyen generasi baharu yang cukup berpotensi. Koleksinya bertumpu pada rekaan wanita. Maybe menswear soon?
KLFW 2025: SOROTAN KOLEKSI TERBAIK DARI PENTAS.
KLFW 2025 mempersembahkan koleksi pereka penuh inovasi dan gaya. Lihat sorotan fesyen yang mencuri perhatian di Kuala Lumpur.