Skip to content

KOLABORASI HANGAT & BEREVOLUSI MUSIM INI, LEVI’S® DAN NIKE. MULA TERJUAL 10 JULAI INI!

Kongsikan artikel ini

PEMINAT FESYEN HARUS BERSIAP SEDIA! KOLEKSI KOLABORASI HANGAT MUSIM INI, LEVI’S® dan NIKE BAKAL BERADA DI PASARAN BERMULA 10 JULAI INI. 

Jenama Levi’s® dan Nike, dua jenama yang terunggul dari Amerika, sekali lagi bekerjasama melancarkan koleksi yang paling dinanti-nantikan peminat fesyen. Musim ini, kedua-dua jenama menggabungkan warisan denim yang kaya daripada Levi’s® bersama rekaan ikonik Air Max 95 Nike.

Penyatuan dua jenama ini sudah lama membentuk landskap pakaian sukan dan gaya hidup Amerika selama beberapa generasi, justeru kolaborasi terbaharu Levi’s® x Nike ini mewakili titik pertemuan yang tepat di antara budaya denim dan kasut sneaker. 

Fokus koleksi ini adalah pada rekaan Levi’s® x Jaket Trucker Nike dan Levi’s® x Jean Baggy Nike, yang mana kedua-dua rekaan ini menampilkan semula siluet denim klasik dengan sentuhan kontemporari, menggunakan denim selvedge asli serta corak pemakaian daripada warna sederhana hingga ke cerah yang sepadan, seterusnya dipertingkatkan dengan perincian jahitan rantai warna putih pudar yang menjadi tanda gaya tersendiri serta tampalan kulit berwarna perang dengan logo ’swoosh’ Nike yang menggantikan elemen tradisional Levi’s®.

Jaket Trucker mengekalkan struktur ikonik Type II dengan denim selvedge di bahagian dalam plaket serta logo jahitan rantai Nike yang menonjol di bahagian belakang. Manakala jeans baggy direka dengan potongan besar dan longgar. Menawarkan bukaan kaki serta lipatan sempurna yang menyerlahkan lagi rekaan kasut sneaker.

Tiga versi Nike Air Max 95

Koleksi ini juga hadir dalam tiga versi terkini Nike Air Max 95, setiap satunya direka dengan teliti menggunakan material denim premium daripada Levi’s® serta elemen reka bentuk unik yang menghormati DNA kedua-dua jenama. 

Himpunan terbaharu Levi’s® x Nike ini meraikan pembuatan tulen dan semangat inovatif yang menjadi teras pada kedua-dua jenama, menampilkan gaya berinspirasikan sukan melalui rekaan yang teliti dan penuh makna, di samping menghormati warisan setiap jenama sambil meneroka kreativiti tanpa sempadan. Dengan menggabungkan warisan denim asli Levi’s® dan reka bentuk revolusi Air Max oleh Nike, koleksi ini meletakkannya sebagai tunjang di persimpangan antara pakaian sukan dan gaya, dalam cara yang hanya mampu direalisasikan oleh Levi’s dan Nike.

Kempen bagi koleksi ini menampilkan artis hip-hop Larry June, atlet WNBA Paige Bueckers, bintang NFL Keon Coleman,dan pereka Daniel Buezo.

Koleksi Levi’s® x Nike ini akan mula dijual pada 10 Julai 2025. 

Artikel berkaitan: KOLEKSI APXGP TOMMY HILFIGER GABUNGAN BERSAMA FILEM F1®

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

shah jaszle

TRANSFORMASI BADAN SHAH JASZLE. LEBIH SIHAT, YAKIN DAN BERTAMBAH KACAK!

Bacaan Lanjut
5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI MATTHEW WILSON UNTUK OAKLEY KE JOHN GALLIANO KE ZARA

5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA

Bacaan Lanjut
MASIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI BERMAIN SELAMAT

MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’

Bacaan Lanjut
kuyin kamaruddin runner

HIGH PERFORMANCE: KUYIN KAMARUDDIN, “SEBAGAI PELARI JARAK JAUH, STAMINA DAN KETAHANAN MENJADI KEKUATAN UTAMA SAYA.”

Bacaan Lanjut
putera adam

HIGH PERFORMANCE: PUTERA ADAM, “SAYA MENCIPTA SEJARAH SEBAGAI PELUMBA ASIA PERTAMA MENJUARAI LAMBORGHINI SUPER TROFEO EUROPE CHAMPIONSHIP.”

Bacaan Lanjut
ikmal amry

PILIHAN STYLISH IKMAL AMRY MERAIKAN SYAWAL

Bacaan Lanjut