Skip to content

KOLEKSI KOLABORASI LEVI'S DAN STÜSSY TAMPIL DENGAN GAYA KLASIK!

KOLABORASI LEVI’S DAN STUSSY TAMPIL DENGAN GAYA LEBIH KLASIK!

Kongsikan artikel ini

Levi’s dan Stussy adalah kolaborasi yang paling ditunggu semua peminat denim. Ia menerapkan ciri khas Stussy ke dalam koleksi denim Levi’s bagi menghasilkan gaya yang lebih klasik.

Levi’s dan Stüssy telah melancarkan koleksi kolaborasi terbaru mereka untuk musim bunga/panas 2023. Jenama yang digemari ramai ini telah berkongsi platform yang sama di California. Stüssy yang diciptakan dari pemandangan meluncur terkenal, California Selatan pada akhir 80-an dan awal 90-an, manakala Levi’s pula ditubuhkan di San Francisco sejak 170 tahun lalu.

Tahun ini adalah ulang tahun ke-150 Levi’s 501® Jeans, salah satu ikon global yang paling konsisten dalam setiap produknya. Kolaborasi antara Stüssy & Levi’s ini menampilkan sepasang seluar Jeans 501® dan jaket denim. Dua siluet Levi’s® yang klasik itu diimaginasikan semula dengan estetik dan identiti daripada Stüssy. Kolaborasi ini mengunakan logo yang menggabungkan dua jenama ini didalam bentuk bulat.

Jaket Denim Klasik Levi’s Dan Stussy

Jaket denim klasik Levi’s ini diubah suai dengan siluet kotak, jatuhan lengan yang santai, dan kolar korduroi. Lapisan dalaman jaket ini dicetak dengan logo bola 8 Stüssy. Bahagian belakang jaket ini pula mempunyai motif timbul yang menggabungkan grafik butang Levi’s klasik dengan Stüssy. Logo yang berada di belakang jaket ini juga ditampilkan pada butang.

Reka bentuk Double S yang bercantum ini  menghasilkan tekstur visual & sentuhan yang berani dari kedua belah jenama.

Jean 501® didatangkan dalam warna basuhan indigo yang lasak dan usang. Seluar denim yang fit dengan potongan kaki lurus serta penggayaan 5 poket dan butang khas yang dibuat untuk dua jenama terkemuka ini.

Seluar ini juga menampilkan motif Stüssy & Levi’s yang timbul di bahagian depan kaki kiri dan belakang kaki kanan, serta tampalan belakang jenama Levis.

Koleksi yang melibatkan jenama yang berasal dari California ini, tidak kira ianya aksesori mahupun pakaian akan sentiasa menjadi barang yang terhad. Koleksi ini tersedia untuk pembelian di Levi.com, Aplikasi Levi’s®, Kedai Levi’s® yang terpilih, Stussy.com dan kedai Stüssy yang terpilih.

 

Artikel berkenaan : LEVI’S® MENGINOVASI DENIM 501® DEDIKASI MUSIM PERCUTIAN 2022

By Syakir Fehmi
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Levi’s x Crocs

LEVI’S® X CROCS – KOLABORASI KAPSUL YANG MENGGABUNGKAN KUALITI DAN KESELESAAN

Bacaan Lanjut
bright Calvin klein

BRIGHT VACHIRAWIT BINTANG KEMPEN CALVIN KLEIN JEANS FALL 2023

Bacaan Lanjut

5 JENIS SELUAR YANG PERLU DIMILIKI SETIAP LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

TAMPIL ’COOL’, KEKAL ’COOL’ DAN TERUS ’COOL’ DENGAN KOLEKSI +LEVI’S® COOL

Bacaan Lanjut
5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI

5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI

Bacaan Lanjut

“THE GREATEST STORY EVER WORN” MERAIKAN 150 TAHUN JEANS IKONIK LEVI’S® 501®

Bacaan Lanjut