Skip to content

KOLEKSI KAPSUL LOUIS VUITTON

Kongsikan artikel ini

Bayangkan kehidupan yang berpanjangan. Tidak terbatas dengan apa jua situasi. Indah dari pagi menjelma, keheningan tengah hari dan sehingga terbenam matahari. Inilah nuansa yang menjadi idea pada pelancaran koleksi kapsul Louis Vuitton ilham Virgil Abloh. Himpunan khas buat musim bunga 2021 ini mencedok rentak cool West Coast skaters. Namun diulit dengan teknik mewah selari dengan status Louis Vuitton.

Koleksi kapsul Louis Vuitton yang baharu ini berkait dengan himpunan musim bunga 2021 yang dibentangkan oleh Virgil Abloh. Ianya mengambil idea tentang sesuatu yang tanpa batasan. Boleh kelihatan pada penggunaan teknik warna air yang menjadikan logo monogram berarak tanpa batasan. Ia adalah satu pergerakan yang moden, seperti laut yang terbentang tanpa sempadan.

 

Abloh terus menjadi hero dalam menjaga hal kelestarian alam semula jadi. Makanya, dia mengambil inisiatif untuk menjadikan setiap rekaanya buat Louis Vuitton bersifat eco-friendly. Bagi koleksi khas ini, Abloh tidak menggunakan klorin mahupun metal dalam proses mendapatkan rona palet yang dikehendaki. Louis Vuitton juga bangga yang koleksi menggunakan semula fabrik nilon daripada windbreaker untuk dijadikan material asas.

koleksi kapsul louis vuitton

Bercakap tentang aksesorinya pula, Virgil Abloh himpunkan item yang senada dengan baju. Bagaikan ia lenyak dalam gaya yang satu. Beg Keepall diberikan seri bunga monogram dengan cetakan warna air. Lebih cool dengan rantai yang boleh dipakai berlapis-lapis dalam rona yang pelbagai. Atau, pilihan tali beg yang hadir dengan dua muka, samada bercorak monogram atau jika mahu nampak kemas, boleh terbalikkan pada permukaan kosong.

PAUTAN BERKENAAN: MUSIM ANUGERAH 2021: SIAPAKAH YANG STYLISH? (SO FAR)

By Aizat Aidid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut

FELIX STRAY KIDS DAN SHO HIRANO ANTARA YANG MENGHADIRI LOUIS VUITTON MEN PRE-FALL 2024 DI HONG KONG

Bacaan Lanjut
5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

Bacaan Lanjut
Louis Vuitton men ss24

LIVESTREAM PERTUNJUKAN LOUIS VUITTON MEN SS24 DI SINI – GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
“FEEL GOOD TIME” BERSAMA MALEK MCCRONE

“FEEL GOOD TIME” BERSAMA MALEK MCCRONE

Bacaan Lanjut
sneakertopia jj lin

SNEAKERTOPIA – PAMERAN BUDAYA JALANAN BUAT PEMINAT KASUT SNIKER DAN SNEAKERHEAD

Bacaan Lanjut