KONTRAS DAN CETAKAN LIAR JADI CIRI KHAS KOLEKSI LA VACANZA 2022
PERCUTIAN PENUH KESERONOKAN MEMBAYANGI KOLEKSI VERSACE UNTUK LA VACANZA 2022. GAYA SAAT KEMBARA LEBIH HANGAT DENGAN PADANAN KOLEKSI BAHARU INI.
Iris Law (pelakon dan model) membintangi kempen Versace pertamanya dengan satu siri imej bernuansa terang dan hangat hasil bidikan jurugambar Camille Summers-Valli. Mengisahkan percutian pantai secara berkumpulan dipadu dengan keseronokan penuh tenaga merefleksi sepenuhnya gaya hidup percutian Versace, mencerminkan gaya musim panas terkini yang bertenaga.
Cetakan Barocco meliputi seluruh rangkaian bikini, baju sutera dan seluar renang, manakala selendang sutera bercetak diikat pada beg bakul rotan La Medusa baharu. Beg tote kanvas saiz medium menampilkan logo Versace dan plak Medusa dalam ton warna merah menyala, kuning dan biru DV, dan merupakan gaya yang versatil untuk penampilan di pantai dan lain-lain.
Beg mini La Medusa dihadirkan dalam rona pop, berbentuk mini yang tentu sahaja menyerlahkan penampilan. Sandal wanita dan lelaki direka sama terang dan berwarna-warna. Aksesori kulit dilengkapi dengan tapak getah bersifat ringan dan dihiasi Medusa Biggie dengan kemasan emas, manakala sandal Medusa Dimension yang inovatif diperbuat daripada getah yang dibentuk dengan Baroque.
Koleksi ini mengusung kebebasan bereksperimen yang tidak kenal waktu, seiring kita mencuba untuk mengembalikan indahnya waktu percutian.
Artikel berkaitan: BOSS LEGEND SERIES, INSPIRASI GAYA FREDDIE MERCURY
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
GLAM Lelaki merungkai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga sentuhan gaya lelaki terkini di pentas peragaan tempatan. Kuala Lumpur Fashion Week 2026 kembali mewarnai industri fesyen tanah air. Acara ini berlangsung di Esplanade, KLCC Park dari 3 hingga 9 Ogos 2026. Tema edisi ke-14 ini ialah “Destination: Home Ground”….
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA
Temui 5 pilihan seluar 'elevated' daripada jenama tempatan popular untuk menaikkan taraf gaya harian anda secara segera.
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.
PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?
Menjelang tahun keempat belas KL Fashion Week, fesyen sentiasa berevolusi, namun kecaman tetap mengiringi.Menjelang tahun keempat belas KL Fashion Week, fesyen sentiasa berevolusi, namun kecaman tetap mengiringi.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.















