Skip to content

LEE jeans

LEE JEANS TAMPILKAN ZHANG LINGHE DALAM “THE BEST STORIES HAPPEN IN JEANS”

Kongsikan artikel ini

Gaya klasik, semangat bebas, dan momen yang tak dirancang menjadi fokus utama dalam kempen terbaru Lee Jeans bersama duta APAC terbarunya, Zhang Linghe. 

denim LEE

Lee Jeans, mengumumkan pelancaran kempen jenama terbarunya bertajuk “The Best Stories Happen in Jeans”, yang meraikan kebebasan, spirit gaya kekinian dan detik-detik paling tidak dijangka dalam hidup. Menampilkan pelakon dari China, Zhang Linghe sebagai Duta Jenama Asia Pasifik, kempen ini adalah penghormatan kepada semangat urban yang tidak terangkum dan penuh rasa ingin tahu.

Hidup Tanpa Skrip, Penuh Cerita

Kempen ini menangkap keindahan hidup yang tidak dirancang. Dari perbualan tengah malam di tepi jalan, ke roadtrip spontan dan pengembaraan 4 pagi. Dalam setiap momen itu, sepasang seluar denim Lee menjadi pakaian utama yang menyatukan gaya dan keselesaan, menjadikannya simbol kebebasan sebenar.

“Lee bukan sekadar denim,” kata kenyataan rasmi jenama itu, “Ia adalah pasport kepada pengembaraan bandar. Khas untuk mereka yang ingin bebas bergerak dalam perjalanan hidup yang penuh keterujaan.”

denim lee Zhang Linghe

Zhang Linghe

Zhang Linghe Lambang Jiwa Moden dan Berani

Sebagai wajah utama kempen, Zhang Linghe menyuntik tenaga muda dan gaya moden yang santai. Katanya, “Saya rasa bebas dan tidak terikat bila pakai jeans Lee. Jeans Lee buat saya rasa lebih selesa dan jadi diri sendiri.”

Retro Straight

Menjadi sorotan utama kempen ini ialah Retro Straight, rekaan denim klasik dengan sentuhan moden. Potongannya yang berpinggang tinggi dan kaki lurus sesuai dipadankan dengan pelbagai gaya. Merangkumi kemeja T berpadanan dengan tali pinggang kulit, ke kemeja oxford untuk menyerlahkan gaya sofistikated, hingga ke hoodie besar dan sneakers untuk nuansa jalanan.

Direka untuk pergerakan dan gaya hidup aktif, Lee Jeans mengingatkan kita bahawa cerita terbaik tidak pernah dirancang. Ia hanya memerlukan sepasang jeans yang tepat.

Artikel berkaitan: 5 TRENDY LOOK PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

jemput dengar

KENALI JEMPUT DENGAR, MERAYAKAN MUZIK, GAYA & INSPIRASI MERENTAS GENERASI

Bacaan Lanjut
james jirayu

JAMES JIRAYU: BINTANG THAILAND YANG TERUS MENAWAN ASIA, KINI MEMASUKI FASA KEHIDUPAN BAHARU

Bacaan Lanjut
hakim parker

HAKIM PARKER, “JANGAN BERHARAP UNTUK “NASIB BAIK” TANPA USAHA YANG SEBENAR.”

Bacaan Lanjut

HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”

Bacaan Lanjut
influencer lelaki malaysia

SENARAI INFLUENCER LELAKI YANG MENGINSPIRASIKAN SEMPENA HARI LELAKI SEDUNIA

Bacaan Lanjut

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI

Bacaan Lanjut