Skip to content

LESLIE ODOM JR., BINTANG RED CARPET SEBENAR

Kongsikan artikel ini

LESLIE ODOM JR. MEMPAMERKAN VARIASI STAIL TERBAIK SEPANJANG BERLANGSUNGNYA MUSIM ANUGERAH 2021. DARI VERSACE, BRIONI KE CELINE, LESLIE ODOM JR. HAD IT ALL. TAK RAGU LAGI, LESLIE ODOM JR. ARE THE BEST DRESSED MAN OF THE MOMENT. 

 

Musim anugerah untuk 2021 baru menutup tirainya. Teka teki mengenai pengajuran musim anugerah sudah terjawab, setelah acara-acara yang berprestij, seperti Oscars, Golden Globes dan BAFTAs berjaya dilangsungkan. Dengan mengikut norma baharu dan menepati peraturan-peraturan tertentu dek kerana krisis pandemik Covid-19. Biarpun pandemik Covid-19 masih berada di tahap yang membimbangkan, ia tidak sama sekali menghalang acara sebegini untuk terus dianjurkan. 

Namun, yang paling mengesankan sekali ialah acara karpet merah yang terpaksa mencari solusi baharu dengan mengadakannya secara virtual, dilakukan dari rumah sahaja. Satu revolusi baharu.

Berikutan perubahan baharu ini, tetamu yang tidak dapat hadir ke majlis secara personal, mereka mengambil peluang tersebut untuk bergaya dengan sebaiknya. Masa yang terluang dimanfaatkan sepenuhnya dengan fokus pada penampilan yang kemudiannya dikongsi di media sosial sewaktu acara sedang berlangsung.

Kebanyakkannya berani mengenakan set pakaian yang bukan stail kebiasaan, namun masih ada yang selesa dengan sut tradisional. Berdasarkan pemerhatian, tetamu-tetamu lelaki bijak mengambil peluang baharu dengan memunculkan gaya yang stylish dalam cara baharu. Sepanjang musim anugerah berlangsung, pelakon dan penyanyi Leslie Odom Jr. bergelar the new king of red carpet. Leslie bergaya dalam stail yang vibrant dengan paduan warna lantang, penegasan siluet yang moden dan dipilih terus dari runway. 

Untuk musim anugerah kali ini, Leslie bekerjasama sepenuhnya dengan penata gaya selebriti, Avo Yermagyan untuk menata gayanya. Yermagyan berkata kepada Vogue, dia kagum dengan Leslie kerana secara peribadinya dia mahu mengenakan stail yang bukan menjadi kebiasaa, di samping itu mahu mengeksperesikan personalitinya. 

Tahun ini adalah kali pertama Leslie dan Yermagyan melibatkan diri dalam musim anugerah sepenuhnya. Melalui ini, ia merupakan proses pembelajaran buat mereka berdua. “Kami mahukan setiap penampilan punya statement yang kuat,” kata Yermagyan. 

Leslie dalam dua look Versace untuk BAFTAs Award

 

Sebagai permulaan, Leslie ditata dalam pakaian-pakaian yang bersifat bold dengan penggunaan warna terang, seperti yang digayakan Leslie di BAFTAs. Leslie bermain dengan cetakan dan corak serta kombinasi warna yang lantang dengan menggayakan dua look utama dari Versace. It was the right moment to choose the Versace looks. 

Yermagyan berpendapat, kedua-dua look Versace itu menjadi pilihannya kerana ia memecah ketradisionalan gaya lelaki terutamanya untuk trend karpet merah. Tidak memilih ton warna neutral sebagai pilihan yang menjadi kebiasaan buat lelaki sebelum-sebelum ini.

Brioni untuk SAG Award

Dalam Celine untuk Critics Choice Awards

Untuk ke Critics Choice Awards pula, Leslia digayakan dalam ruffled top rekaan Celine dan memilih sut adiwarna ombre Berluti untuk ke SAG Awards pula. Sut adiwarna ombre Berluti cukup istimewa buat Leslie dan Yermagyan kerana ia belum lagi dipersembahkan di mana-mana lagi, dan ia cukup eksklusif buat Leslie. Look tersebut diambil dari koleksi Berluti untuk musim luruh 2021. 

Di karpet merah Oscars pula, Leslie menyempurnakan gayanya dengan key look dari Brioni dan Givenchy sewaktu membuat persembahan nyanyian “Speak Now”. Sut putih Givenchy dilengkapi rantai chunky 

Rekaan Givenchy dan Brioni untuk Oscars

Sut emas metalik Brioni dalam potongan double-breasted, membuktikan lagi personalitinya yang tidak gentar pada fesyen. Sebagai penutup, Leslie tampil dalam rekaan Valentino, sut warna turquoise dipadankan ‘silk turtleneck’ untuk menghadiri Oscars after party 

Siri gaya Leslie sepanjang musim anugerah ini membuktikan bahawa golongan lelaki semakin terbuka terhadap fesyen. Dan ia merupakan tanggungjawab buat selebriti dan golongan berpengaruh seperti Leslie sendiri, untuk membawakan perubahan positif tersebut. Keterbukaan dalam fesyen dilihat berkembang positif, yang mana gaya yang janggal daripada konteks fesyen lelaki, misalnya sut warna terang pernah dilihat berlegar di jalanan. Bukanlah sesuatu yang pelik lagi. Leslie are definitely a risk taker in fashion, sememangnya wajar dijadikan contoh buat setiap individu. 

Artikel berkaitan: KOD GAYA VERSACE LA GRECA

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

hackett London

HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
fashion week 2024

30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR 2024

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut
CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS

CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS

Bacaan Lanjut