LEVI’S RAIKAN KEDAI ‘SET THE STANDARD’ PERTAMA
Levi’s Brand hari ini merasmikan pembukaan kedai Set The Standard (STS) yang pertama, di Pavilion Kuala Lumpur, destinasi membeli-belah terulung di Malaysia. Dengan ruang seluas 2,771 kps, kedai baru yang tersergam di Lot 4.103.00, Aras 4, Pavilion Elite, menonjolkan daya tarikan tradisi Levi’s® yang berteraskan keaslian dan ketukangan bermutu tinggi.
“Kedai STS terbaru ini bertujuan menyerlahkan lagi pengalaman runcit Levi’s® melalui cetusan ekspresi jenama paling berkesan – dari segi suasana sekitaran serta susun atur produk dan juga pengalaman berkunjung dalam kedai, ” jelas En. Imran Butt, Pengurus Negara, Levi Strauss Malaysia.
Hipergrafik skala besar pada kedua-dua belah ruang kedai – berasingan untuk lelaki dan wanita – mampu menarik perhatian pelanggan sambil membantu membayangkan diri mereka di dalam produk Levi’s®, lantas menghalakan mereka ke arah yang harus ditujui. Ternyata ada perbezaan ketara antara bahagian lelaki dan wanita, justeru memudahkan bukan sahaja pencarian tetapi penjenamaan yang relevan untuk kedua-dua jantina. Levi’s® ICONS seperti 501® jean, Trucker Jacket dan Western Shirt ditampilkan di dalam shadowboxes.
Bagi peminat-peminat tegar denim, terdapat juga Koleksi Levi’s® Vintage yang mempamerkan pakaian penghasilan semula (reissues) ikonik dan pakaian edisi istimewa. Inilah yang menjadi wadah penceritaan utama dan DNA bagi jenama Levi’s®.
“Semasa membangunkan kedai Pavilion Elite ini, kita memberi tumpuan kepada pencahayaan dan nilai estetika yang tinggi bagi menonjolkan ciri-ciri sebenar jenama Levi’s®, iaitu keaslian, optimistik, menginspirasikan dan kesalinghubungan,” kata En. Imran memberi kesimpulan.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 9 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.













