LIMA GAYA ‘STYLISH’ PEDRO PASCAL PILIHAN GLAM LELAKI
Pelakon terkenal Pedro Pascal sering mencuri tumpuan di karpet merah dengan gaya yang unik dan berani. Dari sut rona lembut hingga potongan longgar yang moden. Setiap penampilannya di tayangan perdana membuktikan bahawa fesyen lelaki tidak semestinya membosankan, malah boleh jadi ekspresif, elegan dan penuh karakter. Berikut merupakan lima stail Pedro Paskal pilihan Glam Lelaki.
#1 Majlis Tayangan Perdana The Fantastics Four di United Kingdom
Sekilas pandang, Pedro Pascal mungkin kelihatan seperti mengalami ‘wardrobe malfunction’ di tayangan perdana The Fantastic Four di UK, namun kolar terangkat pada jaket jacquard polka dot rekaan Tom Ford itu sebenarnya disengajakan. Dipadankan bersama skaf sutera paisley dan kaca mata berona jingga, gaya ini memberikan sentuhan quirky yang tepat untuk momen karpet merah penuh gaya.
#2 SNL50: The Anniversary Special
Jelas sekali Pedro Pascal cukup menggemari tona warna neutral pada tahun 2025, apabila beliau sekali lagi tampil dengan gaya serba coklat sempena acara istimewa ulang tahun ke-50 SNL pada bulan Februari. Busana tersebut daripada koleksi FW2025 Giorgio Armani. Menampilkan sut coklat, sweater sepadan, serta tali pinggang bertekstur kulit buaya yang melilit pinggang, mencipta siluet yang sofistikated dan hangat.
Penampilan Pedro Pascal ini menjadi pilihan Glam Lelaki kerana padanan tona coklat dari kepala hingga kaki yang mencipta kesan sofistikated dan tenang. Diserlahkan lagi dengan tekstur berkilau pada sweater yang memberi elemen glam subtil. Tali pinggang kulit buaya bertekstur menambah sentuhan mewah dan retro, menjadikan gaya ini seimbang antara klasik dan moden.
#3 Gladiator II Premiere
Pascal tampil serba hitam di tayangan perdana Gladiator II, mengenakan keseluruhan busana Bottega Veneta dengan blaus potongan rendah dan aksen merah pada kolar. Gaya ini kelihatan releven sepanjang tahun kerana ia menggabungkan elemen klasik dan sensual, sesuai dengan trend fesyen yang menekankan gaya minimal tapi berkarakter; gelap, berani dan penuh nuansa artistik!
#4 Freaky Tales Premiere
Pada majlis tayangan perdana Freaky Tales, Pascal memilih gaya kasual mewah dengan sentuhan nada sewarna dari Loro Piana. Menyatukan seluar wool kasmir dan jaket bomber kulit buttery brown yang tampak lembut namun berstruktur. GLAM Lelaki suka pada outfit ini kerana kesederhanaannya, namun penuh keyakinan. Gabungan tekstur mewah dan palet hangat menjadikan Pascal kelihatan effortless, matang, dan tetap menonjol kala melewati karpet merah.
#5 Majlis Tayangan Perdana The Fantastic Four: First Steps di Sydney
Walaupun tampak santai dan teratur, gaya ini mungkin dianggap kurang menonjol berbanding penampilan Pascal yang lain. Siluetnya terlalu ‘easy’ dan hampir tenggelam dalam suasana acara. Kemeja semi-sheer dan tona keseluruhan yang terlalu lembut menjadikan penampilannya kelihatan kurang impak visual, sekaligus tidak memberi momen gaya yang benar-benar diingati di karpet merah.
Artikel Berkaitan: NAK SEAT TENGAH! INI FILEM PALING ‘HOT’ BULAN OGOS!
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DENIM ON DENIM: QUIET LUXURY DALAM STREETWEAR
Denim on denim bertemu quiet luxury: temui bagaimana Levi’s, Carhartt, Kapital & lain-lain membawa minimalisme dan streetwear bersama.
A BOLD NEW CHAPTER, MILIKI HARUMAN ARMANI EA STRONGER WITH YOU
Stronger With You bersama enam individu hebat- Aedy Ashraf, Han Pin, Aniq Suhair, Ikmal Amry, Mierul Aiman dan Nabil Aqil.
KEINTIMAN PEDRO PASCAL & JENNIFER ANISTON MENGUJAKAN PEMINAT
Spekulasi percintaan antara Pedro Pascal dan Jennifer Aniston bertebaran. Adakah dunia bakal menyaksikan sepasang lagi ‘power couple Hollywood’ dilahirkan?
BEG TROLI MEWAH PERTAMA BOTTEGA VENETA, ODYSSEY
"Odyssey" menampilkan material poli karbonat ringan dengan corak 3D Intreccio, teknik anyaman ikonik yang mendefinisikan identiti Bottega Veneta.
8 JENAMA FESYEN MANFAAT TEKNOLOGI AI
Jenama fesyen besar dunia kini tidak lagi bergantung pada iklan tradisional untuk menarik perhatian pelanggan. Teknologi AI adalah masa kini.
5 WANGIAN ZESTY & CITRUS BUAT LELAKI
Wangian ringan ini adalah keperluan musim panas yang sempurna, sesuai untuk dipakai pada waktu siang, percutian atau aktiviti kasual.