TOP 7: MODEL BARU LELAKI DI SEBALIK RUNWAY PALING HANGAT
Wajah Model Baru 2025: Mendefinisikan Semula Maskuliniti di Pentas Fesyen
Tahun 2025 menyaksikan gelombang model baru dalam dunia peragaan pakaian lelaki dengan penampilan lebih berani, lebih beragam, dan penuh ekspresi. Model-model ini bukan sekadar wajah kempen atau penghias landasan, tetapi simbol perubahan dan suara generasi baharu dalam fesyen lelaki.
#1 Kit Butler
Model British ini bukan nama asing lagi dalam dunia fesyen, tetapi 2025 menandakan era baharu untuk Kit Butler. Dari kempen ‘high-fashion’ seperti BOSS hingga runway Dior, Kit kini membawa gaya yang lebih matang, lebih lelaki dewasa dengan aura elegan dan rebel dalam satu pakej.
#2 Mathieu Simoneau
Dengan rupa klasik Eropah dan mata yang menangkap cahaya kamera dengan sempurna, Mathieus muncul sebagai wajah baharu untuk jenama seperti Ami dan Loewe. Stailnya yang effortless dan kehadiran yang tenang menjadikannya kegemaran editorial untuk kempen bertema minimalis dan soft masculinity.
#3 Jum Kuochnin
Dinobatkan sebagai Model of the Year 2024 oleh Models.com, Jum mewakili wajah baharu dalam dunia fesyen lelaki. Berjalan di pentas runway besar seperti Hermès, Dries Van Noten dan Craig Green untuk koleksi S/S 26, gaya dan aura Jum mencerminkan maskuliniti kontemporari yang inklusif dan futuristik.
#4 Raihan Fahrizal
Model lelaki dari Jakarta ini membuktikan bahawa pasaran global semakin terbuka untuk bakat Asia. Raihan tampil dalam editorial untuk L’Officiel dan kini menjadi pilihan jenama yang bermain antara streetwear dan couture. Dengan kulit sawo matang, rahang tajam dan persona ‘silent but strong’, Raihan bawa nafas tropika dalam dunia fesyen global.
#5 Xu Meen
Xu Meen bukan sekadar model, dia juga ikon visual masa depan. Potongan muka yang tajam, gaya rambut yang sering bereksperimen, dan aura futuristik menjadikan dia wajah utama untuk jenama seperti Balenciaga dan Prada. Xu membawa konsep maskulin ke tahap seterusnya sekaligus mewakili generasi lelaki yang berani untuk tampil berbeza.
#6 Valentin Humbroich
Dengan rupa klasik dan tinggi lampai, Valentin adalah definisi “runway favourite”. Tahun ini, dia membintangi pertunjukan untuk Jil Sander, Bottega Veneta dan bahkan Raf Simons. Wajahnya mungkin tenang, tapi geraknya di pentas runway penuh aura maskulin, misteri, dan editorial.
#7 Viknes Warren
Wajah model lelaki Indonesia ini sedang melonjak naik di pentas antarabangsa. Dengan kerjasama bersama agensi global seperti Elite dan Modelwerk, Viknes tampil di runway jenama besar seperti Zegna, Lemaire, Auralee, dan Kartik Research. Memiliki aura street meets high fashion, 2025 menjadi tahun di mana dia bukan saja membawa daya tarikan tempatan tetapi turut menjadi kebanggan bangsa.
Model lelaki kini bukan sekadar wajah kacak, mereka adalah penyampai cerita, simbol budaya, dan refleksi dunia fesyen yang semakin inklusif. Dari nama global ke bintang tempatan, inilah generasi yang membentuk wajah fesyen lelaki 2025.
Artikel berkaitan: FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN ZAKI YAMANI
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-IQIE
Iqie atau nama sebenar, Syed Mir Iqbal memiliki stail yang luar biasa, moden dan berani juga mencerminkan perjalanan seninya dalam muzik.
7 PERKARA MENARIK TENTANG PELAKON YUSUF BAHRIN
Ketahui 7 perkara menarik tentang Yusuf Bahrin yang mungkin anda belum tahu! Pelakon dan suami kepada Zizi Kirana.
NARATIF GAYA IDRIS KHAN BERSAMA MONTBLANC
Montblanc memperkenalkan koleksi baharu diinspirasikan dari kaki Gunung Mont Blanc dengan siluet lebih ringan dan rona bumi yang menenangkan.
DANIEL FLEISCHER, “GAYA YANG TERBAIK SENTIASA DATANG DARI KEASLIAN DIRI”
Daniel Fleischer telah memulakan kerjaya modelling sejak umur 18 tahun lagi. Kini dia semakin matang dalam menyusun kerjayanya, yang mana telah berkembang sebagai seorang DJ dan pemilik kafe.
GELOMBANG BUDAYA ADIDAS ORIGINALS SUPERSTAR
Bertemakan “The Original”, memberi penghormatan kepada legasi kasut ikonik adidas Superstar. Pop-up ini direka sebagai satu pengalaman imersif yang berpusatkan komuniti, menggabungkan budaya jalanan global dengan sentuhan kreatif tempatan.
5 WAJAH LELAKI MASA KINI MENJADI REBUTAN JENAMA LOKAL
Kenali lima wajah lelaki masa kini yang semakin menjadi pilihan utama jenama lokal, seperti Pipi Razi dan Hadri Hashim.