MR.ERBIL, GERAKAN FESYEN PERTAMA DARI IRAQ
Meet Mr.Erbil! Gerakan fesyen lelaki pertama di Iraq, yang bikin fenomena baru-baru ini. Melihat akan gambar-gambar eksklusif sekumpulan lelaki Iraq yang kacak bergaya memakai sut kemas terletak di badan serta bertali leher, kumpulan ini telah berjaya menimbulkan kegilaan serta sensasi global di kalangan netizen dunia. Namun bagaimana semua ini mustahil, memandangkan negara mereka boleh dikatakan sedang bergolak dek pelbagai isu seperti krisis kemanusiaan, masalah ekonomi serta isu Militan (IS) yang seolah tiada berpenghujung. Ya, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Teruskan membaca..
PROJEK UBAH PROPAGANDA
Mengelarkan kumpulan mereka sebagai Mr.Erbil Gentleman Club, nama tersebut diambil dari Erbil, iaitu ibu negara kepada wilayah Kurdistan. Erbil dikira sudah sebati dengan pelbagai krisis yang melanda sejak perang Kurd sewaktu musim sejuk yang melanda dahulu sehingga keadaan ekonomi yang tidak pernah stabil, malah disenaraikan oleh UNESCO sebagai antara tempat peninggalan tertua tiada berhabitat di wilayah tersebut.
Seperti di set pengambaran filem perang Hollywood, 22 orang lelaki Iraq berpakaian fesyen formal lelaki mengambil keputusan untuk berkumpul lalu mengambil gambar berlatarkan kawasan itu. Kebanyakan mereka berpakaian ala hipster, berseluar ketat serta berjambang rapi. Pada hujung tahun lepas, mereka menyiarkan gambar tersebut secara rasmi untuk tontonan dunia di Internet termasuk di laman Instagram dan kini, sudah mempunyai hampir 42 ribu pengikut dari seluruh dunia termasuk di Facebook dan Twitter.
Menggelarkan diri mereka, ‘Iraq’s first gentleman’s fashion club’, Mr Erbil bikin sensasi global hanya dalam tempoh semalaman. Dengan lagak angkuh serta yakin, ternyata kesemua mereka berjaya memenangi hati semua yang melihat walaupun mereka sedar sesi bergambar ini bukan semata hanya untuk suka-suka. Ya, mereka punya misi untuk dilaksanakan. Jelas kumpulan ini menerusi sumber BBC, fokus aktiviti Mr.Erbil adalah untuk menganjurkan pameran perdagangan dan acara kebudayaan untuk mempromosikan fesyen sebagai “ungkapan estetik”, but it is not just about fashion!
PERUBAHAN MELALUI FESYEN DAN MEDIA SOSIAL
Sebahagian dari pengasas bersama Mr.Erbil adalah daripada generasi muda bangsa Kurdi yang dinamik, bijak serta dipandu untuk merebut apa saja peluang yang ada di depan mata malah tekad untuk mewujudkan kehidupan yang lebih baik untuk diri mereka sendiri. Mereka percaya kesan perubahan sosial yang positif, membawa budaya Kurdish kepada penonton global dalam mendapatkan perhatian satu dunia dan seterusnya akan mengubah satu semesta.
Kumpulan ini juga berharap dalam membawa perubahan sosial bagi mencabar stigma lapuk, terutamanya mengenai hak-hak wanita. Malah, salah seorang daripada mereka adalah Dashni Morad, yang menawarkan bengkel motivasi kemahiran kepimpinan kepada wanita-wanita yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai dan rogol oleh anggota Yazidi Mazhab utara Iraq oleh militan IS.
KEKURANGAN SUMBER BUKAN PENGHALANG
Omer Nihad, salah seorang daripada ahli kumpulan Mr.Erbil berkata sebaik saja zaman pemerintahan Saddam Hussein berakhir, tiada lagi sekatan antarabangsa terhadap Iraq dan ini membolehkan rakyat Kurd untuk menerima sedikit sebanyak harapan dalam pembangunan hasil daripada pelaburan asing serta syarikat minyak antarabangsa yang berlumba-lumba bagi mendapatkan lesen.
Nihad yang menyambung pengajian di American University of Iraq dalam bidang pentadbiran dan teknologi maklumat turut berkata peluang untuk berfesyen ada namun cukup terhad. Ini kerana rakyat Kurd lebih selesa berpakaian jubah serta memakai pakaian tradisi Kurdish dari kain yang murah terutama sekali yang melibatkan kaum remaja. Mereka semua berharap dapat mengubah keadaan itu dan mahu melihat rakyat Iraq terutama sekali rakyar Kurd untuk tampil segak dan tidak takut untuk berfesyen.
Nihad dan kawan-kawannya akhirnya berpaling kepada tukang-tukang jahit tempatan, menyalin reka bentuk pereka dari luar negara sebagai inspirasi dan mengolah rekaan tersebut dan mencipta rekaan-rekaan yang dipakai sekarang.
Dikhabarkan inspirasi movement ini datangnya dari Pitti Uomo, perhimpunan fesyen yang diadakan dua kali setahun oleh sekumpulan lelaki di Florence, Itali. Pitti Uomo terkenal dengan aksi hadirin lelaki penuh gaya dalam menampilkan pesolekan moden sejak penubuhannya pada tahun 1970-an.
“Walau lebih kurang sama, kami juga berbeza dari segi mempromosikan budaya tradisi Kurdish affendi atau ‘lords’ yang mempercayai dengan cara berpendidikan dan berpakaian formal dan kemas, pasti akan mendapat kehormatan dari sesiapa saja”, jelas Nihad menerusu bual bersama BBC.
Sehingga kini, ahli gerakan Mr.Erbil sudah mencecah 30 orang and counting! All the best to Mr.Erbil. You guys rock!
Sumber photo: FB @mistererbil
Oleh Wan Mohd Firdaus, 10 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 STAIL PERIBADI GLENN YONG WAJIB CUBA
Stail peribadi Glenn Yong sebagai seorang selebriti terkenal amat penting, kerana gayanya akan dilihat oleh orang ramai dimana-mana jua.
ANGIN PASANG LELAKI: MASALAH KESIHATAN YANG RAMAI TAK SANGKA BAHAYA!
Angin pasang lelaki berlaku apabila organ atau tisu lemak terhimpit melalui tempat lemah pada otot sekeliling atau tisu penghubung yang dipanggil fascia. Ia sering berlaku di mana dinding perut lebih lemah, seperti di perut atau pangkal paha, dan boleh mempunyai pelbagai sebab.
HEADPHONE SEBAGAI ITEM FESYEN BERGAYA TERKINI
Headphone sebagai item fesyen bergaya terkini pilihan ramai. Ia akan menambah elemen yang lebih menyerlah dalam persalinan harian. Penggunaan fon kepala, atau headphone sangat penting untuk kehidupan seharian, lebih-lebih lagi dalam kalangan anak muda. Kini, headphone bukan sekadar alat untuk mendengar lagu tetapi juga satu item fesyen yang menjadi pelengkap gaya. Terdapat pelbagai jenama headphone…
NAS-T BAWA WATAK ADIWIRA IKONIK, KELUANG MAN
Nas-T semakin mendapat perhatian sejak dilihat membintangi filem adiwira Keluang Man yang bakal menemui penonton di pawagam, 29 Mei ini.
8 GAYA FASHION WEEK GLENN YONG PILIHAN GLAM LELAKI
Wajah Glenn Yong seringkali dilihat ketika musim minggu fesyen dan gaya fashion week Glenn Yong menjadi pelengkap wajah kacaknya.
6 PEMPENGARUH FESYEN LELAKI ANDA PATUT IKUTI
Pempengaruh fesyen di Malaysia sudah semakin meningkat, walaupun dalam kalangan lelaki. Mereka menjadi satu inspirasi besar buat penggemar fesyen.