NANON KORAPAT KINI RAKAN COACH ASIA TENGGARA
Nanon Korapat kini melangkah ke fasa yang lebih besar dalam kerjayanya, bersama Coach, membawa semangat keberanian, ekspresi diri, dan keyakinan di seluruh Asia Tenggara.
Coach hari ini mengumumkan pelakon dan penyanyi Thailand yang semakin popular, Nanon Korapat, sebagai Rakan Coach (Friend of Coach) Asia Tenggara. Keputusan ini menandakan langkah baru yang menarik untuk Coach dalam membawa visi mereka yang berfokus pada penceritaan bermakna dan ekspresi diri yang autentik ke peringkat yang lebih tinggi. Nanon akan tampil dalam beberapa inisiatif Coach yang bakal datang di seluruh rantau ini, yang menggabungkan elemen-elemen kreatif dan penceritaan yang berpusat pada diri yang sebenar.
Nanon, yang lebih dikenali dengan nama panggilan mesranya, adalah seorang artis serba boleh yang berada di bawah pengurusan artis terkenal, GMMTV. Sejak muncul sebagai pelakon utama dalam drama-drama hit Thailand seperti The Gifted dan My Precious, Aktor ini telah memikat hati peminat dengan bakat lakonannya yang luar biasa. Namun, Nanon tidak sekadar bergantung pada dunia lakonan juga mengukir nama dalam industri muzik, dengan album sulungnya The Secrets of The Universe yang dilancarkan pada 2023, dan kejayaan mengadakan konsert solo pertamanya pada 2024. Kehebatannya dalam kedua-dua bidang seni ini menjadikan Nanon satu bintang yang bersinar terang, dan kini Nanon menjadi sebahagian daripada Keluarga Coach, dengan menyertai pelbagai acara berprestij seperti Pembukaan Butik Coach Play APW di Malaysia, Pop-up Cuti’24 di Thailand, dan paling terkini, pertunjukan Coach di New York Fashion Week untuk koleksi Fall 2025.
Keperibadian Nanon yang berani dan dinamik melalui muzik dan filem menjadikannya pilihan sempurna untuk mewakili visi Coach, “Courage to Be Real”—meneroka dan mengungkapkan siapa kita yang sebenar, dengan berani dan penuh keyakinan. Kemampuan Nanon untuk menjalin hubungan emosional yang mendalam dengan generasi muda seperti Gen Z dan milenial, turut memperlihatkan semangat ekspresi diri yang tulen—sesuatu yang menjadi teras dalam misi Coach.
Kata Nanon, “Saya sangat teruja untuk menjadi Rakan Coach, sebuah jenama yang memberi inspirasi kepada saya untuk sentiasa jujur dengan diri sendiri. Saya tidak sabar untuk berkongsi segala usaha kami bersama dan terus menceritakan kisah saya dengan Coach. Perjalanan ini sangat bermakna bagi saya!”
Pautan Berkaitan: COACH COFFEE SHOP: 7 MENU MENARIK PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI
Bulan Disember merupakan bulan terbaik untuk membeli-belah kasut baharu sebagai persediaan gaya buat tahun hadapan.
PESONA PERAYAAN, SENTUHAN KOLEKSI COACH HOLIDAY 2025
Koleksi Coach Holiday Gift Guide 2025 hadir dengan seleksi yang mewah dan diperkaya dengan sentuhan kraf New York yang begitu ikonik.
KENALI ISTERI CANTIK JAMES JIRAYU, FOAM BENJAMAS
Dari teman lama kepada isteri dan bakal ibu, Foam Benjamas mengukir kisah indah bersama James Jirayu yang memikat peminat.
5 DRAMA & FILEM JAMES JIRAYU YANG HARUS MASUK ‘WATCHLIST’ ANDA
5 drama dan filem terbaik James Jirayu yang memaparkan evolusi seorang aktor yang berbakat besar di rantau asia.
7 JENAMA FESYEN COOL DARI ASIA TENGGARA
Impak dari negara Asia Tenggara kini semakin besar dengan kehadiran jenama-jenama fesyen yang membina nama hingga keluar negara.
TRIP GAYA JETSETTER: 6 KOTA ASIA YANG WAJIB DIKUNJUNGI JIKA SUKAKAN FESYEN & GAYA HIDUP ESTETIK
Kota-kota di Asia kini menjadi tempat pelancongan yang wajib dikunjungi lebih-lebih lagi buat penggemar fesyen.











