NICK JONAS X CREATIVE RECREATION
Nick Jonas semakin laku dan digilai, malah kini beliau melangkah setapak lagi dalam bidang rekaan fesyen footwear. Baru-baru ini beliau secara rasmi menjadi duta kepada jenama kasut terkemuka, Creative Recreation untuk koleksi spring. Bukan setakat menjadi duta kepada jenama yang mula menapak di Los Angelas ini, namun Nick juga turut sama mereka koleksi kapsul unisek untuk jenama ini yang diberi nama 1410 di mana ia datang dengan enam stail sneakers. Nombor itu pula mewakili singkatan nama Jonas dalam abjad.
https://www.instagram.com/p/BQLqKptBdkA/?taken-by=nickjonas
Bakal dilancarkan pada 11 Februari nanti, gambar kempen ini turut mendapat sentuhan jurugambar terkemuka, Yu Tsai sambil disertai oleh dua lagi model jelita iaitu Naley Junior dan Karmay Ngai. Nick Jonas ternyata nampak segak dan macho dengan memakai jaket kulit motorsikal dan jean skinny. Nampaknya, Yu Tsai kembali menampilkan sentuhan peribadinya untuk adik beradik Jonas buat kali kedua selepas beliau bertanggungjawab menangkap gambar untuk kempen seluar dalam GUESS yang menampilkan abang Nick, iaitu Joe Jonas.
Ternyata, penyanyi yang glamor dengan lagu Jealous dan Chains ini punya cita rasa yang tersendiri dalam rekaan kasut sambil diinjek sentuhan stail peribadi Nick yang ternyata punya aura yang tersendiri.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 7 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA
Temui 5 pilihan seluar 'elevated' daripada jenama tempatan popular untuk menaikkan taraf gaya harian anda secara segera.














