OG`S OF MALAYSIAN FASHION: NAMA-NAMA IKONIK WARNAI KLFW 2025
OGs of Malaysian Fashion: Nama-Nama Ikonik Warnai KLFW 2025
KLFW 2025 bukan sekadar pentas untuk pereka muda, tetapi turut menjadi medan apresiasi terhadap OGs of Malaysian Fashion yang telah membina asas industri fesyen tempatan. Tahun ini, beberapa pereka legenda tampil dengan koleksi terbaharu mereka, membawa pengalaman, ketelitian, dan kematangan reka bentuk yang sukar ditandingi. Ini bukan sekadar persembahan, tetapi sebuah penghormatan terhadap fesyen tempatan Malaysia.
#RIZMAN RUZAINI
Rizman Ruzaini, duo dinamik yang telah mencipta fenomena bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa, membuka tirai dengan koleksi penuh dramatik dan glamor tinggi. Kejayaan mereka mempersembahkan koleksi di Cannes dan Arab Fashion Week menjadi bukti keupayaan mereka untuk kekal relevan dalam era baharu. Di KLFW, mereka membuktikan bahawa keanggunan couture dalam koleksi RTW masih menjadi nadi kepada DNA mereka.
#DATO SERI DR FARAH KHAN
Turut mencuri perhatian ialah Dato’ Seri Dr Farah Khan, pengasas label global The Melium Group, yang kembali dengan interpretasi glamor moden melalui koleksi yang memadukan kemewahan Asia dengan siluet kosmopolitan. Farah Khan terus mengekalkan pendekatan seni kontemporari dalam fabrikasi dan perincian, menjadikan setiap helaian ibarat karya seni yang boleh dipakai.
#RADZUAN RADZIWILL
Radzuan Radziwill, yang dikenali dengan busana penuh keanggunan dan ketelitian seni tangan, membawa sentuhan klasik yang segar di pentas KLFW. Koleksi beliau tahun ini menekankan potongan tradisional yang diperhalusi dengan elemen kontemporari. Membukti bahawa beliau kekal sebagai simbol elegan dalam industri.
#HATTA DOLMAT
Sementara itu, Hatta Dolmat, pereka yang tidak asing dengan sentuhan avant-garde hadir dengan koleksi yang memfokuskan pada fabrik lestari dan corak futuristik. Hatta kekal berani dan progresif, membawa mesej fesyen hijau ke tengah arus perdana tanpa mengorbankan gaya.
#SYOMIRIZWA GUPTA
Tidak dilupakan, Syomirizwa Gupta, maestro di sebalik jenama yang sinonim dengan potongan kemas dan palet warna yang bold, tampil dengan koleksi yang meraikan identiti moden Asia Tenggara. Syomirizwa terus mengekalkan aura elegan dan wearable dalam setiap ciptaannya, menjadikannya pilihan ramai wanita berkerjaya dan pencinta gaya minimal kontemporari.
Kemunculan nama- nama besar ini di KLFW 2025 bukan sahaja memberi semangat kepada pereka muda, tetapi menjadi bukti fesyen Malaysia terus berkembang di atas landasan kukuh. Dalam era perubahan pantas dan trend mikro TikTok, kehadiran OGs ini mengingatkan kita bahawa gaya sejati sentiasa abadi.
Artikel Berkaitan: KLFW 2025 BAKAL HADIR PADA BULAN OGOS INI!
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DANIEL FLEISCHER, “GAYA YANG TERBAIK SENTIASA DATANG DARI KEASLIAN DIRI”
Daniel Fleischer telah memulakan kerjaya modelling sejak umur 18 tahun lagi. Kini dia semakin matang dalam menyusun kerjayanya, yang mana telah berkembang sebagai seorang DJ dan pemilik kafe.
RECAP KLFW 2025: TREND FESYEN DI PENTAS KLFW 25
Sorotan penuh KLFW 2025 dengan trend fesyen terkini dari warisan moden hingga streetwear avant-garde, lihat gaya paling hangat di pentas.
KLFW 2025: SOROTAN KOLEKSI TERBAIK DARI PENTAS.
KLFW 2025 mempersembahkan koleksi pereka penuh inovasi dan gaya. Lihat sorotan fesyen yang mencuri perhatian di Kuala Lumpur.
RECAP KLFW 2025: 10 MODEL KLFW 2025 PILIHAN PENULIS GLAM LELAKI
KLFW 2025 kali ini bukan sahaja mengangkat rekaan dari pereka tempatan, malah model tempatan yang penuh bakat turut menjadi tumpuan ramai.
FAIRUZ RAMDAN: JERSI BOLA KE IKON FESYEN DI KLFW 2025
Fairuz Ramdan kembali ke pentas KLFW 2025 bersama Umbro, pamerkan jersi bola sepak ke ikon fesyen moden Malaysia yang tampil segar dan berani.
MOODBOARD OGOS: GAYA, MUZIK & MOOD LELAKI MALAYSIA.
Moodboard Ogos Lelaki Malaysia: inspirasi gaya kontemporari, vibe muzik terkini, grooming ala KOL, dan sentuhan pop KLFW25.