PANDORA RAIKAN CINTA DALAM SETIAP BENTUK SEMPENA VALENTINE
Sempena Hari Valentine tahun ini, Pandora mengajak seluruh dunia untuk meraikan cinta dalam pelbagai bentuk melalui koleksi terbaharu mereka.
Berani, lembut dan penuh transformasi buat Pandora Hari Valentine kali ini. Semuanya melalui kempen serta koleksi terbaharu yang menzahirkan keajaiban gerak hati, kejutan penuh makna dan detik-detik yang tidak akan dilupakan.

Menjadi teras kepada koleksi ini ialah motif kunci dan mangga baharu yang diperkenalkan dalam rangkaian Pandora Moments dan Pandora Timeless. Reka bentuk simbolik ini mencerminkan pelbagai cara cinta membuka hati dan minda. Ia dihasilkan dalam pelbagai gaya, kemasan logam dan pilihan warna yang menyerlahkan seni pertukangan ikonik Pandora. Selain itu, memaparkan perhatian terhadap perincian.

“Koleksi ini mengingatkan kita bahawa setiap individu memegang kunci mereka sendiri. Dengan perjalanan, masa depan dan cinta yang dicipta khas untuk diri mereka,” ujar Pengarah Kreatif Pandora, Francesco Terzo dan Filippo Ficarelli. “Ia adalah tentang meraikan keunikan diri dan menemukan hubungan melalui keindahan perbezaan itu.”

Reka bentuk romantik berbentuk hati turut menjadi tumpuan. Daripada rantai leher Pandora Timeless tiga batu berkilauan hinggalah ke azimat bersaiz kecil dalam rangkaian Pandora Minis yang baharu. Elemen personalisasi menjadi nadi utama koleksi ini. Dengan rekaan yang boleh diukir dan disesuaikan menggunakan kata-kata, lukisan atau foto, menjadikan setiap hadiah sebagai kenangan peribadi yang sarat makna.
Melalui simbol klasik dan gaya yang boleh disesuaikan, Pandora membantu setiap gerak cinta menjadi lebih daripada sekadar hadiah—ia menjadi lambang kasih sayang yang kekal dan bermakna.
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
IKON CINTA, KENALI 10 SELEBRITI LAHIR PADA HARI KEKASIH
Hari Valentine, 14 Februari juga merupakan hari kelahiran buat beberapa individu seni di dalam dunia ini. Hari Valentine yang disambut setiap 14 Februari bukan hanya sekadar hari untuk meraikan cinta dan kasih sayang antara pasangan, tetapi juga merupakan tarikh yang bermakna kerana ia menjadi hari kelahiran beberapa figura ikonik. Selain dianggap sebagai simbol cinta sejati,…
STYLISH BAK GAYA ROMEO BECKHAM DI HARI VALENTINE
Pakaian apa yang patut digayakan untuk temu janji istimewa di Hari Valentine? Amati gaya street style terbaik Romeo Beckham sepanjang masa.
12 HADIAH UNTUK SANG JEJAKA
Dia memiliki segalanya kerana dia memiliki anda. Jadi anda mempunyai tugas besar dalam pemilihan hadiah, jadi lupakan stokin dan AirPods. Lelaki yang mempunyai segalanya juga tidak menginginkan apa-apa, jadi dia akan memberitahu anda supaya tidak bersusah payah. Ia boleh menjadi tugas yang menakutkan, tetapi biarkan kami menjadi panduan anda. GLAM Lelaki lebih mengenali jenis lelaki…
9 HADIAH HARI VALENTINE UNTUK SI CANTIK
Ungkapkan 'Aku cinta padamu'. GLAM Lelaki bentangkan hadiah Hari Valentine terbaik yang bersifat sentimental serta mempunyai elemen kejutan.
VALENTINE HAMPIR TIBA, LELAKI GROOMING PLEASE!
Hari Valentine hampir tiba, dan tidak kira apa pendirian anda —sama ada anda menyambutnya, menolaknya, atau tidak peduli, GROOMING please!
KIM SKIMS SMELLIN’ ROSE BLACKPINK UNTUK KEMPEN TERBARU
Rosé BLACKPINK kini rasmi sebagai wajah kempen terbaru SKIMS sempena hari Valentine “APT.” hitmaker bergambar di hadapan kamera dan mempamerkan beberapa gaya berbeza bertemakan percutian. Walaupun Skims telah bekerjasama dengan banyak nama terkenal pada masa lalu, hubungan dengan Rosé menandakan cross-over terbesar K-Pop bersama mogul perniagaan … kerana Rose adalah salah satu figura berpengaruh dalam genrenya…











