PANDUAN GAYA BUAT LELAKI ALFA DAN TINGGI BAK NADHIR NASAR DAN BRIGHT VACHIRAWIT
Lelaki tinggi mempunyai kelebihan tersendiri dalam menggayakan diri sendiri jika mereka dapat panduan yang betul.
Dalam dunia fesyen lelaki hari ini, definisi lelaki alfa sudah jauh berubah. Jika dulu ia dikaitkan dengan tubuh sasa hasil berjam-jam di gimnasium, kini imej lelaki moden lebih kepada keyakinan, disiplin, dan stail yang tajam. Lelaki tall & lean mempunyai kelebihan semula jadi. Tubuh mereka yang panjang memberi kanvas ideal untuk bereksperimen dengan silhouette dan gaya. Dari gaya gim yang sporty, ke streetwear yang effortless, hinggalah momen karpet merah yang penuh elegan, evolusi gaya lelaki tinggi dan kurus membuktikan bahawa maskuliniti tidak lagi terletak pada otot semata, tetapi pada cara anda membawa diri dengan sleek & sophisticated. GLAM Lelaki akan beri panduan buat lelaki-lelaki tinggi yang ingin tampil lebih bergaya, dengan selebriti lelaki sebagai inspirasi.
#1 Silhouette Adalah Segalanya
Lelaki yang tinggi dan kurus perlu bijak bermain dengan proportion. Elakkan memilih pakaian yang terlalu longgar kerana ia boleh membuatkan tubuh kelihatan canggung dan kurang kemas. Sebaliknya, pilihlah slim fit tailoring untuk memberi bentuk, straight cut pants bagi mengekalkan garis yang bersih. Selain itu, oversized outerwear yang diseimbangkan dengan inner yang lebih fitted. Gabungan ini bukan sahaja menonjolkan ketinggian, malah mencipta siluet yang lebih maskulin dan moden.
#2 Dari Gim Ke Karpet Merah: Kesinambungan Stail
Di gim, gaya sporty yang clean adalah kunci. Pilih tank top, jogger fit, dan sneakers minimal untuk tampak ringkas tetapi tetap berstail. Di jalanan, tambahkan elemen layering seperti bomber jacket, denim, atau kemeja longline untuk memberi dimensi dan karakter pada tubuh tinggi dan kurus. Manakala di red carpet, tidak ada yang lebih sempurna selain suit tailored rapi atau blazer moden dengan sentuhan aksesori minimal, menonjolkan aura elegan tanpa berlebihan.
#4 Fabrik & Tekstur Yang Tepat
Lelaki yang kurus dan tinggi sangat sesuai memilih fabrik yang mempunyai sedikit struktur seperti linen, wool blend, atau denim, kerana ia membantu menambah bentuk pada siluet. Elakkan kain yang terlalu nipis dan mudah jatuh melekat pada badan, kerana ia boleh membuatkan tubuh nampak terlalu fragile. Sebaliknya, tekstur seperti tweed atau corduroy mampu memberi ilusi tubuh yang lebih berisi, sekaligus menambah sentuhan classy pada penampilan.
#5 Psychology of Style
Warna monokrom dan neutral seperti hitam, navy, atau beige memberi aura sleek dan kuat pada gaya lelaki yang kurus dan tinggi. Corak stripes menegak pula menambah kesan elongated effect yang memang cocok untuk lelaki tinggi. Sementara itu, pemilihan aksesori kecil seperti jam tangan atau cincin mampu memberi statement maskulin tanpa membuatkan tubuh tampak berlebihan.
#6 Ikon Inspirasi
-
Awal Ashaari – Gaya yang klasik, sleek, sesuai jadi contoh lelaki tinggi di Malaysia.
-
Hyunjin (Stray Kids) – Apabila high fashion bertemu street, versatil untuk panduan lelaki muda.
-
Rowoon – Lebih atletik, gabungan gym body dengan gaya urban.
- Meerqeen – Sering tampil clean cut. Ringkas, kemas dan maskulin tanpa berlebihan.
-
Timothée Chalamet – lean body dengan keberanian bermain warna & siluet.
-
Bright Vachirawit – gabungan retro & modern, sesuai untuk tall & lean frames.
- Harry Styles – Contoh lelaki lean yang berani guna warna terang, corak retro, hingga aksesori feminin tapi tetap nampak bold.
Pautan berkaitan: DENIM ON DENIM: QUIET LUXURY DALAM STREETWEAR
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
19 BINTANG K-POP TERSENARAI DALAM TOP 100 MOST HANDSOME FACES OF 2025
Tahun ini, senarai TOP 100 Most Handsome Faces 2025 menjadi perhatian global, terutama dalam komuniti peminat K-pop.
GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025
GLAM Lelaki imbas semula momen istimewa bersama selebriti, GL Team serta jenama-jenama sepanjang tahun 2025 di GL25.
MEERQEEN DILANTIK SEBAGAI WAJAH BAHARU YSL BEAUTY LE VESTIAIRE DES PARFUMS
YSL Beauty secara rasmi mengumumkan pelakon dan ikon gaya Malaysia, Meerqeen, sebagai wajah baharu Le Vestiaire des Parfums.
TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI PALING FIT 2025
GLAM Lelaki menyorot tiga figura yang bukan sahaja kelihatan fit, tetapi benar-benar mengamalkan gaya hidup aktif
TOP 5 FILEM MALAYSIA PALING HANGAT TAHUN 2025
Industri perfileman Malaysia pada tahun 2025 banyak mengeluarkan filem-filem hangat dengan pencapaian yang cukup tinggi.
IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025
Mari imbas semula 8 lelaki ikonik yang menjadi penghias cover GLAM Lelaki pada tahun 2025 dengan aura mereka yang tersendiri.











