PEMBUKAAN SEMULA UNIQLO MIDVALLEY MEGAMALL OGOS INI
Selepas pengubahsuaian baharu, UNIQLO Mid Valley akhirnya akan membuat pembukaan semula dengan rekaan dalaman yang lebih menarik.
Jenama pakaian global UNIQLO akan membuka semula stor mereka di Mid Valley Megamall pada 29 Ogos. Pembukaan ini berlaku selepas menjalani pengubahsuaian dan pengembangan menyeluruh. Dikenali sebagai destinasi sehenti di kawasan kejiranan Mid Valley City, stor yang diperbaharui ini menawarkan rangkaian produk yang lebih luas. Konsep dalaman kali ini lebih segar dan pengalaman membeli-belah yang lebih baik. Ini mencerminkan komitmen UNIQLO dalam memenuhi keperluan harian pelanggan Malaysia yang sentiasa berkembang.
Stor UNIQLO Mid Valley Megamall yang diperluas ini menyambut pembeli dengan susun atur dua tingkat baharu yang memberikan pengalaman LifeWear yang lebih menyeluruh. Reka bentuk dalaman yang diperbaharui mengutamakan komuniti setempat. Dengan penggunaan tekstur semula jadi, tona warna hangat, dan susun atur terbuka bagi mewujudkan suasana yang tenang untuk membeli-belah.
Stor ini dibina untuk mencerminkan gaya hidup pantas namun berteraskan komuniti di kawasan Mid Valley City. Ini semua demi menyambut pelanggan daripada kalangan profesional, pelajar, keluarga, dan pelancong. Pelanggan boleh meneroka koleksi lelaki, wanita, dan kanak-kanak yang dikurasi dengan teliti. Ini seiring dengan falsafah Made For All UNIQLO yang meraikan kesederhanaan, kualiti, dan keterangkuman melalui pakaian yang direka dengan penuh teliti untuk semua, setiap hari.
Sorotan Minggu Pembukaan & Hadiah Istimewa
Pembukaan pada 29 Ogos ini diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan. UNIQLO Mid Valley yang diperluas menjemput pembeli menjadi antara yang pertama menikmati ruang baharu ini, sambil menikmati hadiah eksklusif, promosi istimewa, dan aktiviti menarik dalam kedai. 300 pelanggan terawal setiap hari akan menerima rantai kunci eksklusif UNIQLO, direka khas sempena pembukaan semula ini – koleksi sempurna buat peminat tegar LifeWear! Belanja minimum RM250 dalam satu resit untuk membawa pulang beg tote “Kuala Lumpur” edisi terhad, meraikan tenaga dan gaya unik ibu kota.
Raikan koleksi karakter Sanrio UT UNIQLO dengan kejutan bunga yang comel.
Beli mana-mana 2 T-shirt karakter Sanrio UT pada harga asal dan terima sejambak mini untuk menceriakan hari anda.
Sejambak terhad setiap hari. Dari 25 – 28 Ogos, uji kemahiran melipat LifeWear anda dalam pertandingan yang menyeronokkan. Tunjukkan kelajuan dan ketepatan, dan pemenang harian akan membawa pulang baucar UNIQLO bernilai RM20, boleh ditebus pada hujung minggu pembukaan.
Sehingga 180 pemenang sehari – jangan lepaskan peluang!
Pautan Berkaitan: UNIQLO : C KOLEKSI LAMBANG ‘MODERNITY IN MOTION’
Tags
Artikel Yang Berkaitan
UNIQLO : C KOLEKSI LAMBANG ‘MODERNITY IN MOTION’
UNIQLO secara rasmi mengumumkan pelancaran “Modernity in Motion,” koleksi terbaharu daripada rangkaian istimewa mereka, UNIQLO : C.
UNIQLO SEREMBAN 2: PEMBUKAAN ROADSIDE STORE PERTAMA
UNIQLO Seremban 2 dibuka sebagai akses yang lebih mudah buat koleksi LifeWear untuk semua peminat jenama fesyen Jepun ini.
NADI COPENHAGEN DAN ATHENS, INSPIRASI UNIQLO
UNIQLO memperkenalkan koleksi Spring/Summer LifeWear 2025 yang pratonton eksklusif di OneBangsar dengan bertemakan Modern Neo Classic.
UNIQLO: C HADIRKAN KOLEKSI LELAKI
September nanti, UNIQLO bakal hadirkan koleksi UNIQLO:C musim luruh 2024 dengan istimewanya baju-baju menarik untuk lelaki.
UNIQLO RAIKAN KEMERDEKAAN BERSAMA BUNGA DAN BINTANG
UNIQLO sambut Merdeka dengan koleksi UTme! Eksklusif, menampilkan rekaan berinspirasi budaya Malaysia bersama Bunga dan Bintang
OOTD” MUST-HAVE: 7 ITEM FESYEN LELAKI YANG PERLU ADA DALAM ALMARI ANDA
GLAM Lelaki mengemukakan panduan "OOTD" yang perlu anda memiliki untuk memastikan anda sentiasa tampil bergaya dan menawan.