Skip to content

PRE-SPRING / FESTIVE 2026 KIT WOO TAFSIRAN BAHARU BUSANA RAYA OLEH KIT WOO

Kongsikan artikel ini

KIT WOO memperkenalkan The Everyday Wardrobe.  Satu naratif baharu terhadap busana Raya yang tidak lagi terikat pada musim, tetapi direka untuk terus ‘hidup’ dalam rutin seharian.

Dalam landskap fesyen tempatan yang sering memisahkan antara busana perayaan dan pakaian harian, KIT WOO memilih untuk merapatkan jurang tersebut. Menerusi koleksi Pre-Spring / Festive 2026 : The Everyday Wardrobe,  jenama ini mengusulkan satu tafsiran semula terhadap siluet Raya. Dimana siluet koleksi ini bukan sebagai kostum bermusim, tetapi sebagai sebahagian daripada gaya ‘lifewear’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIT WOO (@kitwoo)

The Everyday Wardrobe

Berakar pada eksplorasi berterusan terhadap rekaan utiliti, koleksi ini mengolah dialog antara tailoring dan ‘casual-wear’ dengan pendekatan yang lebih fleksibel. Struktur yang lazimnya tegas kini dilonggarkan, disesuaikan dengan fabrik teknikal yang mengimbangi ketahanan, pernafasan dan keselesaan. Hasilnya ialah busana yang bergerak seiring tubuh dan iklim tropika. Sangat praktikal untuk gaya hidup moden, namun masih mengekalkan kehalusan estetik yang sinonim dengan jenama ini.

KITWOO, Pre-Spring / Festive 2026: The Everyday Wardrobe

KITWOO, Pre-Spring / Festive 2026: The Everyday Wardrobe

Perincian dan ‘workmanship’ menjadi nadi kepada koleksi ini. Tali pinggang boleh laras direka untuk keperluan aksesori luaran. Sekali gus memperkukuhkan lagi idea fungsional yang tersendiri. Sampin pula tidak lagi sekadar simbol tradisi yang dililit secara traditional, tetapi diintegrasikan terus ke dalam rekaan seluar. Salah satu rekaan yang mengaburkan batas antara ornamentasi dan utiliti. Pleating bersifat teguh yang berubah mengikut pergerakan tubuh menambahkan lagi dimensi visual tanpa menjejaskan kebolehpakaiannya.

KITWOO, Pre-Spring / Festive 2026: The Everyday Wardrobe

KITWOO, Pre-Spring / Festive 2026: The Everyday Wardrobe

Mengikat keseluruhan naratif ini ialah perincian ‘fringe’, motif signature KIT WOO. Digunakan secara struktural dan simbolik. Sekali gus, menjadi bahasa reka-bentuk yang halus terhadap kesinambungan identiti KITWOO dalam koleksi terbaharu ini.

The Everyday Wardrobe bukan sekadar koleksi untuk satu momen perayaan. Ia adalah naratif kuat tentang kelestarian dan ‘suatainable-fashion’ bahawa busana festif boleh direka untuk terus relevan selepas takbir terakhir bergema. Dalam erti kata lain, KIT WOO tidak sekadar mereka untuk musim perayaan saja, malah untuk kehidupan sebenar.

Artikel Berkaitan: KITWOO: KOLEKSI PALING ‘REFINED’ SETAKAT INI.

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SYAWAL, BUT MAKE IT YOU: TAFSIR SEMULA TRADISI DENGAN KREATIVITI

Bacaan Lanjut
PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN

PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN

Bacaan Lanjut

MOODBOARD OGOS: GAYA, MUZIK & MOOD LELAKI MALAYSIA.

Bacaan Lanjut
KITWOO: KOLEKSI PALING 'REFINED' SETAKAT INI.

KITWOO: KOLEKSI PALING ‘REFINED’ SETAKAT INI.

Bacaan Lanjut

KLASIK & AUTENTIK, KOLEKSI UNIQLO UNTUK MUSIM LURUH/SEJUK 2022

Bacaan Lanjut