PUMA “RACE AHEAD”: DEFINISI BAHARU GAYA TAHUN BAHARU YANG DINAMIK
Memulakan 2026 dengan rentak penuh keyakinan, PUMA memperkenalkan koleksi terbaharu mereka, Race Ahead, sebuah interpretasi moden gaya sport-luxe yang diinspirasikan oleh Year of the Horse serta adrenalin budaya permotoran.
Race Ahead mengangkat siluet kontemporari yang lebih sofistikated, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang ingin memulakan tahun baharu dengan gaya yang segar, berani dan berkarakter.
Sporty dan Pakaian Kasual Harian
Koleksi ini diperkenalkan melalui dua pendekatan gaya utama yang saling melengkapi:
Sporty & Active menampilkan jersi ringan dengan perincian berinspirasikan dunia permotoran, membawakan aura tajam dan penuh keyakinan untuk individu yang sentiasa bergerak.
Manakala Casual & Everyday pula menawarkan helaian mudah digayakan, diperkemaskan dengan sentuhan reka bentuk racer yang sleek — memberikan keselesaan harian dengan sikap fesyen yang lebih edgy.
Sport-Luxe Untuk Wardrobe Harian
Dengan keseimbangan tona neutral yang lembut dan perincian reka bentuk yang berani. Race Ahead mengangkat konsep pemakaian harian ke tahap yang lebih tinggi. Daripada jaket racer yang streamline hinggalah ke jersi ringan dan wardrobe harian. Setiap item direka untuk memberi rasa premium tanpa mengorbankan fungsi.

Harga, Aksesibiliti dan Gaya
Koleksi PUMA SS26 Race Ahead kini boleh didapati laman rasmi PUMA.com, butik PUMA terpilih serta JD Sports di seluruh Malaysia. Harga yang inklusif ini menjadikan Race Ahead bukan sekadar koleksi fesyen, tetapi pelaburan gaya untuk memulakan tahun dengan keyakinan baharu.
Race Ahead bukan tentang mengikut trend semata-mata. Ia adalah tentang keberanian untuk bergerak ke hadapan, kecekalan untuk kekal relevan, dan kebebasan untuk mengekspresikan diri melalui gaya.
Artikel Berkaitan: PUMA SPEEDCAT BALLET PERKENAL SILUET MARY JANE
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PUMA SPEEDCAT BALLET PERKENAL SILUET MARY JANE
Bersedia untuk pengalaman penuh gaya, feminiti serta kelajuan bersama PUMA Speedcat Ballet yang menjadi kehangatan balletcore!
PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU
PUMA Speedcat kembali dengan SPEEDCAT ARCHIVE, ke permukaan jalan dengan dua warna baharu yang diinspirasikan dari arkib. SPEEDCAT ARCHIVE mewakili pendekatan segar pada kasut SPEEDCAT yang ikonik. Kasut ini menjadi teras trend kasut berprofil rendah untuk tahun 2024. Koleksi ini membawa vibe vintaj dengan menggunakan bahan ultra-suede pada bahagian atas, logo sulaman di sisi, dan…
WIN METAWIN MEMERIAHKAN PEMBUKAAN FLAGSHIP STORE TERBESAR PUMA DI MALAYSIA
Acara pembukaan flagship store PUMA yang terbesar di Asia Tenggara dihadiri oleh selebriti Thailand, Win Metawin. Selebriti terkenal dari Thailand, Win Metawin mengejutkan peminatnya dengan kehadirannya di majlis pembukaan flagship store PUMA di Sunway Pyramid Mall. Flagship store PUMA ini merupakan yang terbesar di Asia Tenggara. Selain dari Metawin, dia juga ditemani rakan selebritinya yang…
PUMA MENAMAKAN A$AP ROCKY SEBAGAI PENGARAH KREATIF PUMA X F1
Label sukan PUMA dan rapper terkenal, A$AP Rocky secara rasmi mengumumkan long-term creative partnership. Berakar umbi dalam perniagaan sukan permotoran, A$AP Rocky akan berkhidmat sebagai Pengarah Kreatif dengan tumpuan pada kategori sukan dan streetwear.
TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT
Ketahui tiga koleksi khas musim panas untuk melengkapi penampilan hangat ‘summer break’ nanti.
6 PAKAIAN KOLEKSI RAYA PUMA PILIHAN GLAM LELAKI
Koleksi Raya yang pertama di Asia Tenggara, PUMA menampilkan koleksi pakaian lelaki yang menawan berlandaskan siluet signature yang bersifat abadi.














