RANGKAIAN H&M ‘THE EDITION BY’ AKAN TIBA 10 MAC INI
H&M BAKAL MELANCARKAN KOLEKSI ‘THE EDITION BY’ TERBARU YANG MERAIKAN LELAKI BERGAYA BERANI DAN ORIGINAL. MENERUSKAN KOMITMEN BERTERUSAN TERHADAP REKA BENTUK DAN PENYUMBERAN YANG BERFIKIRAN KE HADAPAN.
Label asal Sweden, H&M terus berkembang dalam dunia ‘fast-fashion’, kali ini melalui koleksi terkini ‘the Edition By’. Untuk koleksi yang ketiga, ‘the Edition by’ mengikut konsep menjemput semua untuk mengambil bahagian dalam menentukan masa depan pakaian lelaki. Menampilkan imej kempen yang dirakam oleh jurugambar Matt Jones di jalanan sekitar New Orleans, kempen ini merupakan perayaan keperibadian yang progresif dan kuasa ekspresi peribadi.


Ringkasnya, estetika rekaan maskulin disandingkan dengan potongan gaya jalanan dan tambahan sentuhan gaya ‘90-an, menjadikan koleksi yang bergaya. Yang mana turut meraikan unsur kefungsian, dengan menampilkan rekaan bersifat utilitarian yang dibuat menggunakan bahan organik dan kitar semula. Membuktikan H&M terus komited dengan usaha kelestarian.
Koleksi ini menggabungkan elemen pakaian kerja, utiliti dan pakaian ‘streetwear’, memfokuskan pada reka bentuk utilitarian yang berestetika dan kefungsian. Palet warna ditentukan oleh penggunaan pewarna tumbuhan yang inovatif. Teknik perintis di mana fabrik dirawat dengan ekstrak tumbuhan, tanah liat semulajadi, bio-resin dan eznim semula jadi untuk menghasilkan warna organik yang indah tanpa menggunakan bahan kimia yang tinggi kandungannya.
Koleksi ini juga dijamin tahan lama kerana bahan mono yang terkandung membolehkan setiap helaian dikitar semula menjadi pakaian baharu.
Jika anda penggemar jaket, jaket cagoule yang terkandung merupakan item yang patut dimiliki. Ia diperbuat daripada 100 peratus nilon kitar semula. Dihadirkan dalam warna jingga terang dengan poket kargo besar yang memberi gambaran gaya ideal buat lelaki generasi kini.


Terlihat pada material denim unik yang digunakan pada beberapa rekaan, seperti jaket denim serta celana jeans yang cool. Material denim dalam koleksi ini direka semula untuk masa hadapan menggunakan campuran kapas organik dan kitar semula yang lebih mampan. Untuk opsyen lain, sejumlah kemeja dan pakaian terarah formal turut ditawarkan dengan padanannya yang longgar, juga diperbuat sepenuhnya daripada kapas organik dan kitar semula dalam variasi warna memikat. Koleksi tersebut menjadi alasan tambahan untuk kesempurnaan koleksi musim ini.
Koleksi ‘the Edition by’ musim baharu menawarkan 23 pakaian dan 3 aksesori tambahan yang boleh didapati melalui hm.com dan H&M Lot 10 bermula 10 Mac 2022.
Artikel berkaitan: ALL SAINTS BERKELANA KE TOKYO
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini











