Skip to content

REVOLUSI GAYA JUSTIN BIEBER: FROM A SPOILED BOY NOW A GENTLEMAN

Kongsikan artikel ini

Sembilan tahun yang lepas, satu fenomena melanda industri muzik Hollywood apabila entah dari mana, muncul seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang telah bikin satu kegilaan dan fanatik terutama sekali di kalangan gadis-gadis remaja. Justin Bieber mula dikenali ramai setelah video nyanyian semula lagu-lagu popular semasa itu mulai tular di laman-laman sosial khususnya di YouTube, sehinggalah bakatnya dihidu oleh seorang pengurus bakat, Scooter Braun lalu mengikatnya menjadi artis rakaman di bawah pengurusan RBMG milik penyanyi RnB terkenal, Usher.

Dan kini, Justin Bieber adalah antara seleberiti remaja paling berpengaruh di dunia dengan pelbagai pencapaian diraihnya, dari penjualan jutaan rekod sehinggalah kemenangan di pentas anugerah serta menggungguli  carta-carta lagu di Amerika Syarikat.

BABY FACE DAN BOWL-CUT BANGS

Yang pasti, kehadiran JB seawal tahun 2008 membuatkan netizen satu dunia bertelagah dan bercanggah pendapat. Tidak semua suka kepadanya, namun jutaan gadis-gadis muda mengaguminya. Manakan tidak? Miliki raut wajah baby-face atau innocent mudah mencairkan hati-hati peminat, walaupun bakat yang dia ada masih belum digilap sepenuhnya.

Siapa yang boleh lupa dengan stail rambut JB sewaktu kemunculannya buat pertama kali. JB mula dikenali dengan gaya rambutnya yang panjang hingga menutupi seluruh bahagian dahinya. Gaya rambut bowl-cut bangs seolah menjadi satu identiti buat JB, dan siapa menyangka, Jb mempertahankan gaya rambut ini hingga awal tahun 2011!

Dari segi penggayaan pada ketika itu, JB sering kali dilihat menyarung jaket mahupun baju sejuk ungu berhud, atau NYC hoodie biru laut walau kemana saja dia berada. Mungkin sewaktu itu, ia dikira trend. Waktu itu JB masih muda dan tidak ramai dan belum masanya JB diadili berkaitan stail fesyennya.

MATANG

Pada bulan Februari 2011, Justin tampil dengan potongan rambutnya yang baru. Walaupun “rambut identiti” nya masih ada, cuma kali ini dahinya tidak tertutup lagi. Dan sembilan bulan berikutnya, Justin mengubah gaya rambutnya seperti pada tahun 1960-an dengan vintage pompadour dan frosted tips. Dan tahun seterusnya, rambut JB dipotong pendek sehingga menyebabkan netizen dan peminatnya kembali mempersoalkan tindakan JB itu. Pun begitu, struktur wajah dan rahang JB jelas kelihatan dan peminat-peminat seakan boleh menerimanya.

Malah, fesyen JB juga dilihat sudah berevolusi sedikit sebanyak. Pemakaian sweater berhud sudah jarang sekali dipakai oleh JB, dan digantinya dengan pemakaian lebih hype dan trendy seperti jaked denim LEVI dan kemeja burgundi.

DRESSING WITH PURPOSE

Seiring dengan peningkatan usia, serta perubahan suaranya yang kurang kebudak-budakkan lagi, it’s 2015 and JB is back with a bang. Gaya pemakaian JB lebih kasual. Antara yang menarik perhatian adalah pemakaian kemeja band T Nirvana dengan jean koyak rabaknya itu. Ternyata gayanya ini lebih ranggi malah rambutnya pula dipotong nipis dan pendek, cukup sesuai dan selari dengan peredaran fesyen dunia.

Dan kini, evolusi fesyen JB bukan lagi streotaip malah variasi gayanya mulai mendapat perhatian umum. Pemakaian bandana, bucket hats serta kemeja bergrafik menjadi identiti baru JB. Yang menarik perhatian, JB mulai akur dengan usianya yang semakin matang dan ia dapat dilihat apabila dirinya melangkah masuk majlis-majlis anugerah dan JB kelihatan sangat segak dan bergaya berpakaian formal. Yang paling diingati adalah sewaktu majlis Met Gala 2015, di mana JB menyarung  blazer Balmain dengan sulaman naga emas, dipadankan dengan cermin mata dan suede boots, dan bagi kami ini adalah the best look of JB we ever seen!

(Photo by Larry Busacca/Getty Images)

Walaupun imejnya kini adakala dianggap ‘bab boy turn bad’, namun ia seakan kena dengan usia serta muziknya yang matang. Tahniah JB kerana berjaya bervolusi dan yang paling penting, JB kept his swag in tact.

Tidak sabarnya kita melihat kebangkitam seni Justin Bieber yang dikatakan bakal melancarkan album  barunya pada tahun 2020 nanti, bermula dengan single terbarunya berjudul Yummy. Semua ini dihebahkan sendiri oleh dirinya dalam laman Instagramnya. Cant wait! 

https://www.instagram.com/p/B6do-TmH8JV/

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG

JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
JUSTIN BIEBER TERAJUI GALA PRAPERKAHWINAN PEWARIS INDIVIDU TERKAYA ASIA

JUSTIN BIEBER TERAJUI GALA PRAPERKAHWINAN PEWARIS INDIVIDU TERKAYA ASIA

Bacaan Lanjut
ISTERI HAMIL 6 BULAN, JUSTIN BIEBER BAKAL BERGELAR BAPA

ISTERI HAMIL 6 BULAN, JUSTIN BIEBER BAKAL JADI BAPA

Bacaan Lanjut
5 PELAKON & PENYANYI KANADA TERKAYA DI HOLLYWOOD

5 PELAKON & PENYANYI KANADA TERKAYA DI HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
FOTO JUSTIN BIEBER MENANGIS BUAT PEMINAT GUNDAH

FOTO JUSTIN BIEBER MENANGIS BUAT PEMINAT GUNDAH

Bacaan Lanjut
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut